Wednesday, June 1, 2016

Kahwin muda?

Assalammualaikum, Rasa sudah lama tidak berkongsi rasa di laman ini. Apa khabar buat mereka yg masih singgah disini? Malam ini aku terasa ingin berkongsi pendapat aku tentang kahwin muda. Banyak sgt org berkongsi gambar atau artikel di laman sosial tentang pasangan zaman skrg yg sudah berkahwin pada usia yg sangat muda. Bagi aku ok je. Sbb aku sendiri suka stalk ig depa atau akaun laman sosial lain pasangan tersebut. Mostly yg comment semua kata "Allah.. manisnya..." "sweetnya.. nak kahwin jugakk" Ok aku straight to the point. Kahwin sememangnya bagus. Bagus sgt. mengelakkan maksiat, menggelakkan benda2 haram, kau nak buat apa dgn suami kau pon tak kisah dan org takkan persoalkan sbb dh halal. tapi yg pentingnya, ialah tanggungjawab yg kau kena letak pada bahu kau lepas kau dh bergelar suami/isteri. ramai org muda nak kahwin muda, dorang impress, dorang suka tgok org kahwin muda. tapi sebenarnya apa yg dorang nampak ialah "bestnya dapat dekat dengan suami. bestnya buat apa2 pun halal dgn suami" faham tak? kau cuma pandang side berkenaan topik "halal dgn suami" shj. kau tak kisah dh benefit lain, yg penting kau nak halal buat suami/isteri kau. kahwin banyak benefit dia.. rezeki kau murah salah satunya. and u guys should know, yg kahwin muda tu Allah dh takdirkan buat mereka kerana Allah tahu mereka sudah bersedia utk galas tanggungjawab sebagai seorang suami atau isteri. yg tak bersedia ni anggaplah korang tu tak bersedia nk jd halal buat sesiapa lagi, kerana apa? kerana Allah tahu apa yg terbaik buat hambanya. so takyahlah sibuk gatai nak kahwin awal sebab tgok pasangan muda yg kahwin awal tu kemain gambar mereka pegang tangan peluk ka apa ka, sampai korang stalk pasangan tu every seconds sbb nak tahu perkembangan mereka.
dan cermin balik diri kita.. kadang2 subuh pun org kejutkan.. solat pon hujung waktu.. mak cakap sikit pon dh melenting, masih lagi mengeluh bila buat sesuatu benda... adakah layak kita berumah tangga, menguruskan & menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri/suami? lebih baik achieve dulu apa yg perlu kita achieve dalam hidup ni. balas balik jasa org tua kita yg dh bersusah payah besarkan kita... ambik degree, master, phD.. daripada nak kahwin muda, tapi tanggungjawab tu kita tak mampu nak handle. tak mampu nk seimbangkan antara komitmen sebagai seorang isteri dan seorang student. itu belum lagi, mengandung dan ada anak... lagi besar komitmen tu. jaga2... tapi jangan ingat saya mencemuh siapa yg kahwin muda. TIDAK SAMA SEKALI. Saya puji mereka kerana mereka begitu kuat dan tabah kerana mampu menggalas tanggungjawab yg besar pada usia yg begitu muda. that's why Allah takdirkan buat mereka begitu. aturan Allah begitu cantik kerana Dia tahu apa yg tersirat dan tersirat. Dia takkan uji hambanya dengan sesuatu yg hambanya tidak mampu. yang kita masih bujang ni, tak usahlah mengeluh tidak dipertemukan jodoh lagi. tak usah lah mengeluh nasib bila tgok kawan2 yg dh kahwin muda. tak usah mengenang nasib kerana tidak mempunyai pasangan utk bermanja. manusia diciptakan berpasang-pasangan. sebagaimana Nabi Adam dulu diciptakan sorang2 je, akhirnya Allah ciptakan Hawa utk menemani Adam. kerana itu mmg fitrah manusia. ingin disayangi dan ingin menyayangi. jadi apa yg perlu org yg bujang mcm kita ni buat? doa agar dikurniakan pasangan yg baik2 lah. pasangan kita adalah cerminan kita, maka kalau nak dapat pasangan yg baik2, ubahlah diri kita jd org yg baik2 dulu. kemudian, tawakal pada Allah insya Allah, Dia akan kurniakan pasangan yg baik2 buat kita.
last sekali, aku nak simpulkan. JANGAN INGAT KAHWIN NI MUDAH. buat mereka yg ada masalah keluarga, yg mmg pernah menghadapi masalah parents bercerai atau sebagainya, mereka lebih tahu peritnya hadapi semua memori itu. mungkin bg mereka yg ibu bapa mereka aman damai, tiada masalah, mereka tidak tahu akan hal ini, tapi inilah hakikatnya. begitulah mudahnya lafaz cerai itu dilafazkan sebagaimana mudahnya kau lafazkan akad nikah dahulu. mengikut kajian,
"Memang ramai pasangan yang bahagia menikmati kemanisan berumah tangga namun tidak kurang juga yang kecundang di tengah jalan. Buktinya, perangkaan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mencatatkan kes perceraian sebanyak 80,564 dari tahun 2005 hingga 2008 berbanding 491,470 perkahwinan yang didaftarkan. Malah setiap tahun graf perceraian menunjukkan peningkatan iaitu daripada 17,749 pada 2005 kepada 19,475 (2006); 21,051 (2007); dan 22,289 (2008). Aliran yang sama juga diperlihatkan pada 2009 apabila mencatatkan 27,116 perceraian berbanding 135,136 perkahwinan yang didaftarkan. Perkembangan ini sememangnya cukup membimbangkan kerana ia mencerminkan keadaan institusi keluarga di negara ini yang semakin rapuh. Lebih membimbangkan apabila kumpulan usia terbesar pasangan yang bercerai dari ke sehari ke sehari terdiri daripada golongan muda"
disahkan oleh Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha.
sebab golongan muda ni darah dia panas. selalu buat benda tak fikir dulu. umur baru setahun jagung, rasa nak marah aje. takde toleransi. lagi2 bila berhadapan dengan masalah yg mejadi musuh utama, iaitu kewangan. sebelum kahwin fikir masak2 dulu, sediakan diri drpd segi mental dan fizikal. istikharah, mintak petunjuk Allah. jika dh sampai masa buat kita utk berpasangan, datanglah puting beliung ke apa ke, kalau mmg dh takdirnya korang berpasangan waktu tu, takde apa yg dpt halang korang waktu tu. masa tu akan datang. have faith..
Buat yg dh kahwin muda, selamat menjalani bahtera alam perkahwinan. buat yg masing bujang, tinggalkan no kat ruang komen bawah. nanti saya wassap. hahahahaha takdelah gurau ajeeee ok itu shj coretan saya kali ni, semoga bersua kembali! ingat, ni semua hanya pendapat saya semata2. tak ada kena mengena dengan sesiapa. post ni jugak saya tujukan utk diri saya yg masih terlalu banyak kekurangan. Assalammualaikum!

1 comment:

Dangling Pink HeartsShugo Chara - Ran's Eggsites.googlegroups.com/site/widgetindex9/love3.swf' Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon