Sunday, April 19, 2015

Perlu atau tidak?

Manusia. Adakalanya mereka dapat terima kebenaran. Adakalanya mereka dapat telan kepahitan. Tetapi adakalanya mereka rasa benci akan kebenaran. Mereka benci akan kepahitan. Mereka tahu mereka akan lupa bagaimana rasanya kemanisan apabila sekali tertelan kepahitan. Namun, kebenaran harus dirungkai. Kebenaran harus didedah. Mereka akn persoalkan betapa banyaknya rahsia yg kita simpan. Mereka akan persoalkan betapa besarnya ketidakjujuran kita kepada dia selama ini. Akhirnya, sikap percaya antara satu sama lain semakin punah. Walaupun bibir berkata "tak apa" namun hati tetap luka ditikam penipuan. Ya, sememangnya kebenaran mmg menyakitkan.
Disini, perlu atau tidak kejujuran itu? Adakah si A terpaksa menanggung kebenaran yg terpaksa disembunyikan daripada si B, dimana si A begitu takut kalau2 si B tahu ttg kebenaran itu sebelum diberitahu? Jawapan aku; bergantung pada hati sendiri.
Kau tahu rasanya kau kena sembunyikan sesuatu yg kau sendiri je perlu tahu tetapi rasa ingin meluahkan terasa sesak di dada kau. Sesak yg amat sgt. Saat itu, bibir kau tetap tersenyum menanggung keperitan menyembunyikan sesuatu rahsia yg cuma kau, diri kau dan Tuhan Yang Maha Mengetahui je tahu.
Oh ya. Kau lupa satu perkara. Kau lupa Allah tu Tuhan Maha Mendengar. Kau lupa Dia ada utk dgr setiap masalah2 kau dan akan memberikan penyelesaian yg terbaik utk kau. Tapi sayang, kau lupa ttg hakikat ini dan kau terus luahkan pada manusia tanpa fikir baik buruk setiap kuputusan yg kau lakukan.
Hati yg kau kena jaga, hati yg percaya dengan kau, hati yg menyayangi kau kini luka akibat dimamah kebenaran. Pandangan dia terhadap kau mula berubah. Layanan dia mungkin mesra. Namun tidak semesra dulu. Skrg kau sedar akhirnya kau mmg tersilap langkah.
Bagaimana dipulih hati yg luka? Gelas yg pecah tak mungkin bercantum semula. Mungkin dapat dicantum dengan apa cara sekalipun tapi kau tak sedar satu perkara. Gelas yg skrg bukan lagi gelas yg dulu. Bentuknya tak sempurna, coraknya lari dan... rasanya berbeza. Kau mungkin tak nampak perubahan pada gelas itu sebab apa yg kau fikir cuma, "gelas ni boleh guna buat minum air" kau cuma fikir kau boleh letak air di dalamnya dan kau boleh minum air tersebut menggunakan gelas itu. Tapi sayang... lagi sekali kau tak sedar... Gelas itu akhirnya bocor sedikit demi sedikit sehingga airnya keluar dan akhirnya kau sedar, gam yg digunakan utk mencantum gelas itu belum cukup kuat utk menampung air di dalamnya.
Dan ya. Aku gambarkan gelas sebagai lambang hati. Kerana aku tahu konsepnya sama.
Perlu atau tidak kejujuran? Bergantung pada hati. Bergantung pada kemampuan hati tersebut. Sejauh mana dia boleh bertahan daripada berkecai dan akhirnya menyerah.
Nasihat aku.... jujurlah bila kau perlu. Aku pernah jujur akan sesuatu kepada seseorang dan aku begitu menyesal dengan segala tindakan bodoh yg aku lakukan. Aku tak fikir baik buruknya dan hati dia yg perlu aku jaga. Akhirnya penyesalan aku cuma sia2. Harus aku tekankan, tak semua hati manusia sama. Tetapi kebanyakan hati manusia mudah retak dan berkecai, macam gelas tadi. Tak semua gelas sama. Tetapi yg aku pasti semua gelas mudah retak dan berkecai walaupun gelas yg berjuta dolar sekalipun.

Moga hati yg aku retakkan, mampu bercantum dan kembali seperti asal walaupun aku tahu semuanya takkan jadi seperti dulu. Doa aku, moga hati kau dapat bertahan dengan segala karenah aku. Mudah-mudahan...

Gadis pemecah hati
Izatizaini

No comments:

Post a Comment

Dangling Pink HeartsShugo Chara - Ran's Eggsites.googlegroups.com/site/widgetindex9/love3.swf' Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon