Tuhan,
Jika setiap saat begini rasanya,
Menunggu,
Berharap,
Kecewa,
Aku rela perasaan cinta ini tidak ku miliki
Tuhan,
Jika ini fitrah manusia yang kau jadikan, aku pasrah,
aku tewas,
aku kalah,
Dalam perasaan ini
Perasaan ini membuatkan aku tenggelam,
Dan aku tidak mampu berbuat apa-apa,
Untuk milkinya,
Dan akhirnya aku tenggelam bersama
Perasaan yang membuatkan aku lemas,
Tidak mampu menggapai permukaan,
Hanya kerana aku seorang gadis.
No comments:
Post a Comment