Wednesday, October 29, 2014

Biarkan kaku

Bibir kaku
Manakala hati meronta-ronta
Ingin meluahkan
Ketidakpuasan yang menguasai hati
Tetapi malangnya
Mulut tertutup rapi
Rela biar temannya sendiri mati

Sesetengah manusia; seperti aku
Tak mampu membuka bibir
Untuk meluahkan apa yang aku rasa
Pendam itu seolah-olah
Menjadi satu kepuasan yang biasa
Malah menjadi luar biasa
Apabila aku tiada bahu
Untuk bersandar

Aku tahu
Malah aku sedar
Kalau bibir ini meluahkan pun
Tiada manusia yang akan faham
Untuk itu aku terpaksa jadi boneka
Berlagak gembira
Depan manusia
Demi menyembunyikan
Luka hati yang kian parah

Namun aku sudah biasa
Aku tahu,
Hidup di dunia yang penuh sandiwara
Pasti ada helahnya
Tuhan ingin menguji aku
Siapa yang aku cari dahulu ketika aku jatuh
Ada atau tidak tangan yang ingin menghulur;
Membantu insan yang serba kekurangan
Seperti aku
Sama ada aku cari Dia atau aku cari manusia
Itu yang Tuhan mahu uji sebenarnya

No comments:

Post a Comment

Dangling Pink HeartsShugo Chara - Ran's Eggsites.googlegroups.com/site/widgetindex9/love3.swf' Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon