Sunday, September 28, 2014

Lorong keterdesakkan

Jam 3.40 pagi
Aku terjaga
Melihat sekeliling
Gelap
Suram
Hanya bunyi kipas
Yang kedengaran

Bila mana aku ingin
Lelap semula
Tahajjud seperti
Melambai-lambai pada aku
Minta dikerjakan
Aku akhirnya gagahkan diri
Kerana aku mahu rasa
Maniskah tahajjud ini?

Tak putus-putus aku berdoa
Agar dimurahkan rezeki
Kedua ibu bapaku
Ahli keluargaku
Tak lupa juga---- rezeki aku

Kau tahu apa yang berlaku?
Malam itu tak putus-putus
Rezeki datang menjengah
Whatsapp sana sini
Direct messages berbunyi
Minta dipeduli
Oleh peniaga yang sebegini

Untuk manusia seperti aku
Sudah cukup membuktikan
Tahajjud punya satu kuasa
Yang jutawan paling kaya
Tak mampu pertaruhkan
Tapi berapa ramai yang sedar
Kemanisan tahajjud yang sebenar-benarnya?

Tahu apa?
Manusia akan sedar juga
Bila mereka berada di dalam
Lorong keterdesakkan
Dan saat itu dia akan
Terkapai-kapai memburu
Kemanisan tahajjud-@Izatizaini

No comments:

Post a Comment

Dangling Pink HeartsShugo Chara - Ran's Eggsites.googlegroups.com/site/widgetindex9/love3.swf' Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon