Sunday, September 28, 2014

Sedar

Aku berjalan
Membelah lautan manusia
Yang mana suka
Yang mana gembira
Aku perhatikan

Aku berjalan
Membelah lautan manusia
Yang mana muram
Yang mana suram
Aku hiraukan

Hakikatnya,
Aku perhatikan
Lautan manusia yang pertama
Kerana aku kasihan
Mereka tidak punya apa-apa
Tetapi senyuman
Tetap utuh terukir di bibir mereka

Hakikatnya,
Aku hiraukan
Lautan manusia yang kedua
Kerana aku jelek
Mereka mempunyai segalanya
Tetapi bibir tidak henti-henti
Merungut
Merintih nasib

Antara kasihan
Antara jelek
Mana yang engkau pilih?

Engkau akan pilih
Kasihan
Tetapi masih
Tidak sedar sebenarnya
Engkau tergolong
Dalam lautan manusia
Yang kedua
-Izatizaini

No comments:

Post a Comment

Dangling Pink HeartsShugo Chara - Ran's Eggsites.googlegroups.com/site/widgetindex9/love3.swf' Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon