Sunday, September 28, 2014

Jahil itu dulu

Aku melangkah
Dengan penuh kejahilan
Segala hukum
Aku persetankan
Masih ingat
'Dunia ini aku yang punya'

Aku wanita
Tetapi tidak sedar
Ada tanggungjawab
Yang perlu aku galas
Ada aurat yang perlu aku
Pelihara
Buat seseorang yang akan
Memiliki ku secara halal kelak

Tapi tahu apa?
Aku tidak sedar semua itu
Aku tidak sedar
Sehinggalah
Satu masa
Aku rasa akhirnya aku
Tersungkur
Jatuh
Dalam lumpur dosa
Yang begitu kotor

Aku sedar
Hidayah Allah itu
Sedang datang pada aku
Melambai pada aku
Untuk kembali pada jalan-Nya

Harus aku akui
Aku bukanlah
Muslimah sejati
Tiada apa yang perlu
Aku banggakan
Kerana hakikatnya
Aku masih merangkak
Memburu jalan Dia yang satu

Berhenti mengadili
Insan lemah sepertiku
Tiada apa yang aku pohon
Selain doa tulusmu
Agar aku sentiasa
Istiqamah
Dalam apa jua
Yang aku lakukan.

No comments:

Post a Comment

Dangling Pink HeartsShugo Chara - Ran's Eggsites.googlegroups.com/site/widgetindex9/love3.swf' Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon