Wednesday, February 19, 2014

'Dia' tak salah pun

Hari ini, 19/2/2014 aku belajar satu benda. Benda yang mungkin orang lain tak perasan. Atau mereka perasan tapi mereka tidak ambil peduli. Tidak pula ku tahu. Tapi yang pasti aku sudah perolehi sesuatu hari ni.
Hari ni hari rabu. Hari rabu bermakna hari kokorikulum. Mungkin hikmah Allah tiba tiba pula aku terdetik nak tukar dari PBSM ke KRS. Jadi aku pun tukar jelah sewenang-wenang aku.
Jadi..... apa yang berlaku adalah hari ini cikgu buat aktivit yang dipanggil sebagai aktiviti 'ikhtiar hidup' ataupun dengan kata lain, dengan lebih terperinci ialah, memasak telur tanpa menggunakan pekakas dapur.
Kami disuruh mencangkul, membina satu lubang, meletakkan sebiji telur di dalam itu, kemudian timbuskannya dengan tanah dan daun daun kering. Lalu.......... lalu membakar daun2 kering tersebut dan terbentuklah satu unggun api yang besar. Pada mulanya aku begitu seronok dengan aktiviti sebegini. Aku begitu teruja untuk menerokai pengalaman ini sendiri.
Tapi aku berhenti teruja seketika. Teruja aku itu, aku buang. Aku pandang sekeliling aku. 106 pelajar sedang membuat unggun api dan hampir semua unggun api sudah siap tersedia. Apinya begitu marak. Begitu besar. Bagai ingin memakan semua benda yang berada disekelilingnya. Asap asap kian berkepul kepul menutupi pandangan aku. Mata aku kian berkaca kerana pedih akibat penangan asap tadi.
Ya Allah sedihnya aku!!!!!!
Manusia merungut
"Ish panaslah cuaca sejak kebelakangan ni"
"Weh hari ni panas terik do"
"Hmm bila nk hujan ni. Panas sangat ni........."
Jika tak habis habis merungut, tapi buat perkara yang merosakkan alam kenapa?
Aku tidak puas hati. Lalu aku berjumpa seorang guru yang lemah lembut perwatakannya
"Cikgu, tak salah ke kita bakar macam ni? Malaysia ni makin panas cikgu. Nanti lapisan ozon habislah nipis!!!"
Cikgu tergelak. Lalu dia berkata, "Tak apa.... Jangan risau..... Ini hanya untuk pembelajaran sahaja....." senyuman tidak lekang dari bibirnya. Aku tidak puas hati lagi. Lalu aku bertanya guru sains yang mengajar aku tahun lepas.
"Cikgu.... Takpe ke kita bakar macam ni? Tak salah ke? Malaysia dah makin panas sekarang. Kalau macam ni, habislah lapisan ozon nipis" soalan yg sama aku tanyakan sekali lagi. Cikgu ini juga tergelak lagi.
"Takpe takpe walaupun ini bercanggah dengan apa yang awak belajar, 'jangan buat pembakaran terbuka' tapi yang ini kita buat sikit je. Jangan risau ini untuk pembelajaran" dia menjawab pertanyaan aku tadi. Aku tidak puas hati juga. Namun aku hentikan hasrat aku untuk bertanya soalan yang berulang kali lagi.
Tidak lama kemudian, telur kami sudah masak. Hanya separuh masak. Buat seketika aku berasa kagum sebentar. Temanku memanggil cikgu disiplin kami. Beliau adalah guru lelaki. Dia pun melihat telur separuh masak kami dengan berpuas hati.
"Bagus bagus. Haa dah boleh makan dah"
Aku tahu ini adalah peluang keemasan untuk aku bertanyakan padanya.
"Cikgu sebenarnya kita tak boleh buat pembakaran terbuka macam ni. Kalau ikut undang2, kita boleh didenda sebab buat pembakaran terbuka"
"Takpe.... kejap je ni.... untuk pembelaja......"
"Walaupun untuk pembelajaran cikgu, tak kisah utk apa sekalipun, pembakaran ni tetap mencemarkan alam sekitar, tetap menipiskan lapisan ozon!!!" aku bertubi tubi meluahkan pendapat aku. Cikgu mula mengukir senyuman kelat lalu dia berlalu pergi. Aku mengeluh.....
Persoalan yg sering berada diminda aku ialah mengapa manusia sering merungut sedangkan mereka tidak mahu mencegah atau melawan atau berusaha?
Mengapa manusia tidak menghargai bumi yang sudah menjadi tempat duduknya kita selama ini?
Mengapa manusia tidak sedar bahawa alam sekitar itu penting?
Dan akhir sekali, mengapa manusia tidak sedar akan nikmat Allah yang Dia berikan selama ini?

No comments:

Post a Comment

Dangling Pink HeartsShugo Chara - Ran's Eggsites.googlegroups.com/site/widgetindex9/love3.swf' Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon