Friday, July 18, 2014

Coretan keluhan

"Huh......."
Keluh gadis itu lagi. Hari yg dilaluinya terasa begitu payah baginya untuk diungkapkan dengan kata-kata. Maka, keluhan sahaja yang lebih selesa meniti di bibir gadis itu.
Inilah kehidupan. Ada naik ada jatuh. Ada gagal ada berjaya. Ada senang ada susah. Tahu apa yg membezakannya? Kita yg membezakannya. Diri yg membezakannya. Kita berada di tengah di antara naik dan jatuh. Kita berada di tengah di antara gagal dan berjaya. Kita berada di tengah di antara senang dan susah. Jadi dimanakan kita?
Tiada apa yang senang dalam hidup ni. Jadi bayi susah, jadi kanak2 susah, remaja apatah lagi, dewasa tak perlu cakaplah. Tapi gadis ini tetap tidak sedar yang semuanya bukan datang bergolek depan mata. Kejayaan tak datang mencurah2 dari langit. Gadis itu tak boleh tadah kejayaan guna baldi. Gadis itu cuma tak sedar, yg hidup dia ni Allah dah lakarkan awal2, apa yang dia cuma buat ialah usaha jadikan ia satu lakaran yg indah.
Matlamat hidupnya makin kabur. Cita citanya makin ditenggelami oleh kegagalan. Usaha semakin berkurangan. Kesedaran semakin hilang dari pandangan. Maka dengan itu, kemanakah arah tuju gadis ini?
Gadis ini meminta agar org sekeliling faham akan situasi nya. Tetapi bagaimana org sekeliling ingin faham jika gadis itu sendiri tidak memahami apa situasi yang dia sendiri hadapi?
Gadis itu ibarat dilambung ombak di tengah lautan. Gadis itu ibarat sesat di dalam hutan tanpa kompasnya. Gadis itu ibarat 
Apa yg membuatkan gadis itu makin teruk ialah, usahanya hilang. Usahanya hilang setelah kegagalan menyapa dirinya. Gadis itu tidak mahu berusaha. Entah kenapa. Mungkin gadis ini perlukan sejenis ubat untuk sedarkan dia dari mimpi buruk ini.
Mimpi tak selalunya buruk. Adakalanya indah. Cuma gadis itu tak sedar. Anggota badannya cukup, makan pakainya cukup, mindanya cukup waras, tetapi kenapa usaha itu kelihatan jauh darinya?
Berhenti salahkan takdir. Berhenti salahkan org sekeliling. Yg salah itu tetap salah. Dan yg salah itu, gadis itu. Cukup terhibur dengan permainan dunia sehinggakan matlamat hidup semakin kabur. Cukup leka dengan hidup org lain sedangkan hidup sendiri terumbang ambing.
Sudah. Cukuplah. Berubahlah.
Angan2 kau wahai gadis untuk berbakti kepada kedua ibu bapa kau hanya akan terkubur rapi jika usaha itu kau biarkan berlalu pergi. Kau tak pernah gapai usaha itu, jangan mengeluh jika kau temui kegagalan setelah usaha itu kau lepaskan.
Ikhlas, dari gadis kepada gadis.

No comments:

Post a Comment

Dangling Pink HeartsShugo Chara - Ran's Eggsites.googlegroups.com/site/widgetindex9/love3.swf' Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon