Wednesday, February 5, 2014

Akan pergi juga

Saat ini aku tersedar. Aku, dia, mereka, kita semua bahkan semua mahkhluk yang bernyawa di dalam dunia ini pasti mati. Tapi tahu apa yang bermain dalam minda aku ketika ini?
Saat ibu dan ayah temui ajal mereka dan mereka akan meninggalkan aku. Saat yang aku susah nak bayangkan. Bayangkan sahaja sudah menjadi satu mimpi ngeri.
Bayangkan suatu hari nanti mereka akan pergi selama lamanya meninggalkan aku. Pergi menghadap Ilahi tanpa boleh berpatah balik. Tinggal aku seorang diri meratapi pemergian mereka.
Ibu. Dialah orang yang bersusah payah melahirkan aku. Sakitnya itu tiada bandingan. Sakitnya itu seperti dia membunuh dirinya sendiri. Ya, dia bertarung nyawa melahirkan seorang insan yang sering menyakiti hatinya kini. Walaupun tangannya kecil, tangan itulah yang sentiasa menjaga rapi insan ini. Tangan itulah tangan yang pertama menyuapkan nasi ke dalam mulutku. Tangan itu walaupun kelihatan tidak berdaya, tangan itulah jasanya pada insan ini hanya Allah yang tahu. Betapa besarnya jasanya tidak mampu aku gambarkan.
Ayah. Dialah heroku. Dia melindungiku seperti bahaya sentiasa disekelilingku. Dia menyayangiku seperti aku seorang puteri baginya. Dia mahukan yang terbaik bagi aku seolah olah dia mahukan yang terbaik untuk hidupnya. Dialah yang paling gembira menyambut  kelahiranku. Dia begitu gembira sehinggakan dia selalu tersenyum setiap masa. Bibir dia buat pertama kalinya mengiqamat kan aku. Aku  mendengar setiap butir perkataan yang indah daripada bibir seorang ayah.
Namun kini ibu dan ayah semakin tua. Semakin hilang kudratnya. Aku lihat rambut mereka sudah mulai diputihi dengan uban. Setiap kali balik dari kerja, mereka terbaring lesu demi mencari sesuap nasi untuk anak anak. Aku tahu mereka sudah tua. Aku sedar aku tidak patut menyusahkan mereka. Namun aku cuma insan yang alpa. Yang sering menyusahkan mereka tanpa menyedari kepayahan yang mereka lalui. Maafkan aku ibu ayah.
Tiada apa yang mampu aku balas selain memberi kejayaanku kepadamu wahai ibu ayah. Tiada kata yang mampu aku ucapkan untuk menunjukkan betapa berterima kasihnya aku pada kamu berdua. Tiada lah nilai untuk kamu berdua jika aku memberi mu segunung harta untuk membalas jasa jasa mu. Akanku gapai kejayaan untuk kamu berdua. Senyuman mu yang indah akan ku ukir semula biar ia terpahat selama lamanya diwajah.
Doa aku sentiasa mengiringi kamu berdua.
Ikhlas anakmu yang tidak sempurna.

No comments:

Post a Comment

Dangling Pink HeartsShugo Chara - Ran's Eggsites.googlegroups.com/site/widgetindex9/love3.swf' Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon