Tuesday, February 4, 2014

Wahai Allah kau terbangkan angin rinduku padanya

Assalammualaikum sahabat, teman, kawan, jiwa.
Tahu apa yang paling perit bagi aku?
Melihat kau bersedia untuk pergi.
Tahu apa yang paling sedih bagi aku?
Melihat kau menahan air mata kerana aku.
Tahu apa yang membuatkan aku paling marah?
Menahan air mata aku kerana tidak mahu engkau bertambah sedih.
Begitu berat rasa hati ingin melepaskan dikau pergi. Aku sedar kita mungkin berpisah untuk sementara. Namun seperti katamu, tiada apa yang sama seperti dulu.
Tiada gelak tawa yang mengiringi perbualan ku. Tiada suara suara yang sering membuatku tertawa. Engkau mungkin tidak merasa akan kehilangan ku kelak. Namun aku akan merasainya.
Seperti ada yang hilang tika aku bangun pagi.
Seperti tiada tangan yang menekan loceng rumahku berkali-kali.
Seperti ada yg hilang juga ketika aku melangkah ke sekolah.
Begitu juga dengan ketika aku melangkah masuk ke kelas.
Akhirnya aku sedar. Engkau tiada disisi ku buat sementara waktu. Aku tahu kau ingin mengejar impian mu. Tiadalah hak aku untuk menghalangmu pergi.
Tiadalah kudrat ku ingin menarik tanganmu lalu berkata "jangan pergi sahabatku" demi engkau. Demi masa depan kau, biarlah dua hati berkorban. Berkorban kerana kebaikan.
Demi Allah kaulah teman aku, kaulah sahabat aku walaupun dunia ini terbalik. Moga kita berdua sama sama masuk ke dalam syurga yang indah. Ya, bersama sama. Biarlah aku pimpin tangan kau kelak. Bersama sama menuju ke syurga Ya Rabbi.
Jaga dirimu. Jaga dirimu baik baik. Aku tiada disana. Aku tidak boleh menjagamu seperti selalu. Apabila kau susah, kau mengadu lah pada Allah. Apabila kau rindu padaku, kau mengadu lah pada Allah. Insya-Allah, Dia akan terbangkan angin rindu mu padaku.
Semoga kita berjumpa lagi. Semoga pertemuan kita selama ini, bukanlah pertemuan yang terakhir. Semoga kau berjaya mengejar cita2 mu. Doaku sentiasa mengiringi setiap langkahmu. Amin.
Ikhlas, sahabatmu yang sentiasa menantimu disini.

2 comments:

Dangling Pink HeartsShugo Chara - Ran's Eggsites.googlegroups.com/site/widgetindex9/love3.swf' Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon