Tuesday, January 21, 2014

Berani ke?

Pernah tak selalu nak cuba bersuara nak luahkan hasrat yang terpendam? Pernah tak selalu cuba nak bersuara nak luahkan keinginan yang membuak buak? Tapi tak boleh?
Disini saya tiada tips untuk anda. Tapi saya ada masalah yang sama macam anda semua. Seringkali ingin bersuara namun tiada keberanian.
Aku kagum dengan org yang ada keberanian untuk bersuara apa yang dia rasa. Apa yang dia rasa, dia bebas bersuara tanpa fikir apa akibat yang dia akan dapat. Janji dia puas. Aku kagum dengan orang macam ni kerana aku terlalu takut untuk menyuarakan keinginan hati aku.
Aku seringkali pendam. Namun makin lama, setiap minit dan saat, hati aku semakin sakit. Aku tahu ini risiko yang aku dapat jika aku pendam dari hari ke hari. Tapi apa lagi yang aku boleh buat selain pendam dan memaksa hati yang lemah ini menerima masalah masalah seperti ini.
Dalam kehidupan seharian, macam macam perkara yang kita alami yang buat kita berhenti, pandang, fikir dan bersuara. Tetapi manusia kebanyakannya berhenti pada perbuatan berfikir. Dia tidak dapat meneruskan hingga ke perbuatan bersuara. Kerana apa? Kerana tiada keberanian.
Takut diri sendiri dimarah oleh orang, takut diri sendiri di pandang hina oleh orang, takut diri sendiri diketawakan. Kesimpulannya takut diri sendiri diadili. Sedangkan kita bersuara akan perkara yang kita hanya rasa. Apa yang kita alami. Apa yang terlintas di minda kita. Adakah itu menjadi satu kesalahan?
Bila kita lihat sesuatu perkara, kita ingin bersuara. Tetapi berhenti  dan berfikir "Mungkin aku akan sakitkan hati dia" "Ish karang bergaduh pula karang" lalu kita pun berhenti bersuara. Kemudian apa yang jadi? Hati kita yang tadinya sedang selesa berehat, kini kembali menangis. Menangis akan masalah yang tidak dapat kita suarakan sebentar tadi.
Kerana mahu menjaga hati orang, hati sendiri tak terjaga.

No comments:

Post a Comment

Dangling Pink HeartsShugo Chara - Ran's Eggsites.googlegroups.com/site/widgetindex9/love3.swf' Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon