Monday, January 20, 2014

Nak ubah.... tapi....

Berubah. Satu perkataan yang mudah, yang semua orang boleh faham. Namun satu sahaja perkara yang sukar kita lakukan dengan perkataan ini ialah dengan melakukan perubahan tersebut.
Manusia dilahirkan dalam pelbagai jenis ragam, sikap dan perangai. Setiap manusia berbeza ragamnya. Ada yang tidak elok, dan ada yang elok. Hari demi hari, tahun demi  tahun, bulan demi bulan sesetengah manusia sentiasa berazam untuk  jadi manusia yang lebih baik. Mereka ingin  berubah ke arah kebaikan, ke arah masa depan yang lebih baik tak kira demi kepentingan diri sendiri di dunia/diakhirat atau demi kepentingan manusia di sekeliling mereka. Yang penting mereka ingin berubah. 
Saya beri contoh yang rawak. Seorang wanita islam, ingin berubah ke arah kebaikan. Dia sudah baik. Namun dia jadi manusia yang lebih baik. Tetapi dia tidak mampu mengubah 100% sikap, perangai, ragamnya. Disini saya tekankan, dia  tidak mampu mengubah 100% sikapnya. Tidak mampu. Namun dia hanya mampu mengubah keterampilannya sebagai wanita muslimah, dia mampu menjaga pergaulan dengan lebih baik. Cuma dari segi toleransi bersama teman2, tetap seperti dahulu. Perwatakan dan sikap? Itu perkara azali. Sudah bertahun2 lamanya kita hidup dengan perwatakan dan sikap kita sendiri, siapa yang mampu mengubahnya dalam sekelip mata? Tiada siapa yang mampu. Perwatakan seseorang itu hanya satu dalam seribu. Dia seorang yang memiliki perwatakan itu, jadi mengapa orang disekelilingnya tidak henti2 mengadillinya jika dia tidak mampu mengubah perwatakannya?
"Kau ni kata nak hijrah. Tapi perangai tak ubah2"
"Kata nak hijrah, cuba ubah sikit perangai. Rajin kan diri tu"
"Hijrah apa benda kalau malas macam ni. Tak sedar tanggungjawab sendiri"
Mengapa dia perlu hipokrit dengan diri dia sendiri? Mengapa dia perlu jadi orang lain sedangkan dia sudah bertahun2 lamanya hidup dengan perwatakan yang diberi sejak lahir ke dunia ini? Jadi dia perlu hipokrit apabila berdepan dengan manusia di sekelilingnya namun apabila dia seorang diri, dia meratapi akan perubahan yang manusia mahukan terhadap dirinya? Dia perlu tunjukkan pada semua orang yang dia rajin, jadi manusia semua akan percaya dia betul2 dah berhijrah?
Sikap adalah sikap. Pemakaian ada pemakaian. Saya pasti semua orang pernah dengar perkataan ini. Kalau seorang perempuan bertudung, mencarut, adakah kita perlu pergi pada dia dan berkata "Hoi kau cabut tudung kaulah kalau kau mencarut"
Saya tak faham!!!!! Apa kena mengena tudung dia dan perbuatan mencarut dia? Maknanya kalau semua perempuan islam mencarut, semua tak payah pakai tudung? Bila mencarut je kena buka tudung?
Tudung adalah benda wajib. Kau nak buat apa pun kau kena pakai. Kau nak mencuri pun kau kena pakai sebab tutup aurat memang wajib. Sebab tu tudung dan sikap lain. Ada setengah org kolot pemikirannya. Jadi benda benda macam ni saya harus kongsikan bersama.
Renungan buat kita semua. Maaf jika terkasar bahasa.
Assalammualaikum.

No comments:

Post a Comment

Dangling Pink HeartsShugo Chara - Ran's Eggsites.googlegroups.com/site/widgetindex9/love3.swf' Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon