Aku manusia. Aku sering tertanya. Adakah aku semakin jauh daripada Nya? Sejujurnya aku takut mati. Aku takut diseksa kerana amalan amalan aku. Aku takut aku dihumban ke neraka jahannam Mu. Kalau ditakdirkan setiap saat yang akan datang adalah waktu kematian aku, maka tiada apa yang aku boleh buat. Tidak sempat untuk aku bertaubat. Tidak sempat untuk aku menyesali atas setiap dosa dosa aku. Sudah 15 tahun aku hidup. Hidup aku cuma bergelumang dengan dosa. Kebanyakannya semua dosa yang aku lakukan semua aku lakukan tanpa aku sedari. 15 tahun. 15 tahun bukanlah waktu yang singkat. Ia adalah waktu yang panjang. Selama 15 tahun, apa yang telah aku buat selama aku hidup? Aku cuma bergelumang dengan dosa tanpa aku sedari.
Jika dosa itu adalah nyata, dalam bentuk jisim, sudah tentu dosa dosa ku sudah berat menghimpap aku. Mesti sudah tidak tertanggung lagi dosa dosa aku. Selama ni perasaan insaf sering muncul. Namun kerana sikap tidak ambil endah dan sambil lewa akan urusan dengan Dia, maka aku teruskan dengan dunia aku. Aku terus berseronok mencipta dosa. Biarlah aku nampak kolot dimata manusia. Biarlah aku dicemuh dan dipandang hipokrit oleh makhluk yang bernama manusia. Aku cuma ingin mencari keredhaan Nya. Semoga istiqamah ku ini akan terus berpanjangan.
Hakikatnya, aku cuma pendosa tanpa noktah.
Sunday, January 12, 2014
Hanya pendosa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment