Sunday, January 5, 2014

Berjuta lagi

Bukan seorang perempuan cantik dekat dunia ni. Malah berjuta.
Bukan seorang perempuan yg sempurna tanpa cacat cela penampilannya dekat dunia ni. Malah berjuta.
Bukan seorang perempuan baik dekat dunia ni. Malah berjuta.
Dan aku bukanlah salah satu daripadanya.
Setiap kali aku ingat diri aku begitu sempurna, cantik, baik, senyuman yang tadinya aku ukir, kini kembali hilang dari bibir aku. Berjuta lagi perempuan yang lebih sempurna, cantik dan baik dalam dunia ni, berkata aku kepada aku. Aku mungkin betul. Namun dalam mimpi aku sahaja.
Aku kerap kali berangan angan ingin menjadi perempuan yang termasuk dlm jutaan yang aku sebut tadi. Namun ianya mustahil. Kerana apa? Kerana ia dalam mimpi.
Tiba tiba aku tersenyum. Buat apa aku mahu jadi perempuan di dalam kelompok berjuta tadi? Bukankah lebih baik jika aku menjadi seorang dalam sejuta. Tiada siapa yang menyerupai aku. Perangai aku, adalah perangai aku. Tiada robot klon diri aku yang ingin menjadi seperti aku, buat apa yang aku mahu buat tanpa sesiapa yang mengikuti aku. Bukankah itu lebih baik?
Jadi cantik bukan pilihan. Jadi cantik adalah jaminan. Jaminan untuk terus disanjung ramai. Aku menarik nafas lega. Kerana apa? Kerana aku tidak mahu perhatian orang ramai tertumpu pada  diri yang tak sempurna ini.
Kalau diberi pilihan, aku ingin lari ke dunia yang aku sering sebutkan dahulu, dan buat pembedahan plastik, dengan wajah baru, aku hidup tanpa dikenali oleh sesiapa. Bukankah itu lebih baik?
Namun, ia tetap dalam mimpi aku buat selamanya.
Tetapi aku tetap bersyukur kerana dikurniakan anggota badan yang sempurna tanpa kecacatan mana mana anggota. Aku tetap bersyukur aku dilahirkan normal dengan tubuh badan yang sihat tanpa sebarang penyakit. Aku tetap memanjatkan syukur atas segala galanya.

No comments:

Post a Comment

Dangling Pink HeartsShugo Chara - Ran's Eggsites.googlegroups.com/site/widgetindex9/love3.swf' Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon