Tuesday, December 24, 2013

Tak pernah terfikir

Kita hidup ni, tak pernah terfikir sebarang kemungkinan yang mungkin terjadi. Kita mungkin sempurna anggota badan. Cukup segala galanya. Semuanya normal. Tak kira zahir atau batin. Tapi kita tak pernah sekelumit pun pernah rasa "Eh bersyukurnya aku ada ibu jari" "Bersyukurnya aku ada telinga" "Bersyukurnya aku ada hidung" tak pernah terfikir kan? Kalau pernah pun, kita tak pernah pandang benda tu sebagai salah satu benda yang berat. Macam, tak pernah terfikir bertuahnya kita ada lubang hidung, ada kelopak mata, ada bibir.
Benda benda kecil macam ni selalu orang tak ambil peduli. Tak pernah sekalipun terlintas nak bersyukur ada benda benda kecil macam ni.
Cthnya macam lubang hidung. Kalau takda lubang hidung, macam mana kita nak bernafas? Kalau takda kelopak mata, macam mana kita nak tutup mata dengan sempurna? Kalau takda bibir, gigi dan gusi kita, kita nak tutup guna apa?
Kadang kadang benda benda macam nilah yang penting. Bukan setakat tangan dan kaki sahaja yg penting. Tapi semuanya yang Allah kurniakan, semuanya penting. Tak kiralah benda benda paling kecil sekalipun dalam diri kita ni. Sel sel, tisu tisu dalam badan, semua tu pun memainkan peranan yang penting untuk badan kita.
Bila saya lihat orang yang dilahirkan tanpa telinga sebelah, langsung mmg takda telinga dan takda bentuk langsung, saya kemudian berfikir, "Aku tak pernah hargai telinga aku selama ni...."
See? Kita takkan faham dan hargai apa yang kita ada selagi kita belum jumpa orang yang tidak ada apa yang kita ada. Fikirkan, renungkan, lalu ambil lah iktibar.
Selamat bercuti ikhlas daripada saya Izzati Zaini.

No comments:

Post a Comment

Dangling Pink HeartsShugo Chara - Ran's Eggsites.googlegroups.com/site/widgetindex9/love3.swf' Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon