Saturday, November 16, 2013

Adakah

Aku manusia. Aku sering tertanya. Aku sering termangu mangu seorang diri adakah diri ini dibenci ramai? Adakah diri ini disukai ramai? Adakah diri ini dicemuh oleh ramai orang tanpa diri ini sedari? Aku mungkin manusia biasa. Aku banyak lakukan kesilapan sampai suatu ketika aku berhenti berfikir dan lihat manusia sekeliling aku. Mereka pernah menyebut yebut nama aku ke? Mereka pernah mengutuk aku selama inikah? Mereka pernah mencemburui setiap apa yang aku lakukan kah? Pernahkah didalam hati mereka ingin berkawan dengan manusia seperti aku?
Aku? Tiada apa yang perlu dicemburukan. Terlalu banyak kekurangan diri yang mungkin manusia lain tidak nampak. Namun itulah hakikatnya. Tiada apa yang perlu dicemburui..... Tetapi mungkin terlalu banyak yang perlu diumpati tentang diri ini  kerana diri ini bukanlah sempurna mana.
Bibirku menguntum senyuman. Aku tidak perlukan perhatian orang ramai. Aku tidak perlukan mana mana simpati. Aku tidak perlukan sorakan daripada semua orang.
Aku ingin lari ke dunia aku. Dunia dimana tiada siapa yg mengenali aku, tiada siapa yang tahu tentang masa silam aku, tiada siapa yang tahu apa yang sudah aku hadapi. Aku tidak perlukan seseorang yang cuba menyelami apa yang telah aku hadapi. Cukuplah aku seorang yang mengalaminya sendiri. Justeru itu, aku mahu lari ke dunia aku.

No comments:

Post a Comment

Dangling Pink HeartsShugo Chara - Ran's Eggsites.googlegroups.com/site/widgetindex9/love3.swf' Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon