Friday, October 25, 2013
Demi Allah
Demi Allah aku sayang mereka. Demi Allah mereka sahabat aku. Demi Allah aku tak sanggup berpisah dengan mereka. Demi Allah Ya Allah, merekalah sahabat aku dunia akhirat.
Kami ketawa akan lawak yang orang lain takkan faham pun, kami bising seakan akan kami sahaja didunia ini pada saat itu, kami berkongsi masalah seakan seorang lagi itu kerjayanya adalah tempat mengadu nasib. Namun ini semua yang membuatkan persahabatan ini semakin kukuh hari demi hari.
Aku tahu sepahit mana pun aku harus terima, aku tahu aku tetap akan berpisah dengan mereka. Jika bukan hari ni, maka esok hari. Jika bukan esok hari, mungkin lusa tak siapa yang tahu. Yang pastinya, maut bakal memisahkan kami. Untuk itu kami perlu bersedia. Bersedia dari sekarang untuk berpisah kemudian hari nanti. Aku tahu perkara ini berat untuk difikirkan. Namun itulah yang berlegar legar di fikiran aku sedari tadi.
Jodoh, ajal, maut semua di tangan Tuhan. Kami merancang, namun Dia yang menentukan. Maka dengan itu, jika kami berkesempatan, insya-Allah akan kami jumpa kembali kemudian hari nanti. Mungkin pada masa itu kami sudah ada kerjaya? Atau... sudah mempunyai anak dan suami? Ah tak siapa yang tahu. Terlalu jauh untuk kami fikirkan.
Masing masing berniat mahu meninggalkan sekolah. Ingin mengejar peluang untuk belajar yang lebih cerah. Namun aku tahu, disegenap ruang hati kami semua pernah terdetik "Aku mesti akan berpisah dengan kawan kawan aku. Macam mana nanti? Kalau jumpa balik mesti rasa janggal" Ia tersembunyi disebalik senyuman. Ia tersembunyi disebalik kegirangan. Ia tersembunyi disebalik ketawa. Namun ia tidaklah sesukar mana untuk dibaca.
Aku tahu kawan-kawan aku berfikir benda yang sama aku fikirkan. Hal hal sebegini pernah terdetik di hati mereka. Aku tahu. Cuma aku tak mahu ingatkan mereka. Takut suasana yang ceria menjadi hambar. Wahai air mata, janganlah kau menitis. Aku mohon, janganlah engkau menitis dihadapan teman teman yang aku sayangi. Aku mahu dipandang sebagai seorang yang mampu memberikan kekuatan, bukannya kelemahan. Biarkan engkau menitis apabila engkau bersendirian, tiada siapa yang nampak, tiada siapa yang lihat. Biarkan ia berlaku seperti itu.
Semua ini sudah ditakdirkan. Allah yang takdirkan. Jika aku tidak berpindah ke sini, aku tidak akan mengenal mereka. Sungguh, perancangan Allah terlalu rapi. Terlalu rapi sehingga aku ingin tunduk syukur padanya atas segala nikmat yang Dia beri. Dia lah perancang paling hebat. Aku bersyukur aku ditemukan dalam keadaan sebegini, dalam suasana sebegini, dalam persekitaran sebegini. Aku bersyukur.
Aku sayang persahabatan ini. Walau berjuta kali aku kadang kala terlepas kata yang menyakiti hati sesiapa, sungguh aku tidak berniat ingin melukai hati sesiapa. Walaupun aku kadang kala terperli sinis, termaki mana mana, termencarut mana mana, sungguh aku tidak berniat langsung ingin melukai hati sesiapa. Kadang kala aku bodoh. Aku manusia biasa. Sering sahaja mengikut perasaan. Namun percayalah, aku tidak pernah simpan di dalam hati, walaupun sedikit ruang di hati ini, ingin menyakiti hati sahabat sahabat aku. Aku sayang mereka. Buat apa aku ingin menyakiti hati mereka?
Wahai Allah, Kau tempatkanlah sahabat sahabat aku di syurga mu. Kau tempatkanlah mereka dalam kalangan umat sebaik baik umat. Kau ampunilah dosa dosa mereka. Kau jauhilah mereka daripada neraka jahannam mu Ya Allah. Kau tempatkanlah mereka dalam kalangan soleh dan solehah. Jika persahabatan ini Engkau redhai, maka kau kekalkan lah sampai bila bila. Kau jangan bagi sedikit ruang pun untuk kami berpisah untuk selama-lamanya. Biarlah mereka mengejar cita cita mereka. Kau berikanlah kejayaan pada mereka. Hanya Engkau Tuhan tempat aku meminta segala-galanya. Kau berikanlah mereka kejayaan didunia dan diakhirat.
Teman teman, koranglah sahabat aku. Susah senang selama ini kita bersama. Satu sahaja yang aku minta, andai ini kali terakhir kita bersua mata, janganlah engkau lupa pada insan yang lemah ini, janganlah engkau lupa akan persahabatan yang pernah kita bina bersama. Jangan engkau lupa akan kenangan kenangan yang kita coretkan bersama. Mungkin ia tidak cukup indah bagi orang lain, namun ia amat indah dimata aku, dihati aku. Biarkan ia tersemat di memori dikau walaupun sejuta tahun lagi. Biarkan ia. Biarkan ia menjadi saksi untuk persahabatan yang kita bina ini. Aku sayang korang. Semua. Tak kira sesiapa. Aku sayang korang semua, wahai sahabat.
Ikhlas, Nurul Izzati Zaini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment