Assalammualaikum dan selamat sejahtera semuanya. Hai, sihat? Bagi sesiapa yang tak sihat tu, tolonglah, tolonglah jaga kesihatan awak tu. Tak lama lagi nak exam. Takkan nak exam dalam keadaan otak tak keruan pula kan?
Terbaru ini, kawan lelaki cina saya yang juga teman sekelas saya masuk hospital. Dia dulu pernah accident sampai tulang apatah dekat kaki dia patah teruk. So doktor kena masukkan besi dalam kaki dia. Dan untuk memudahkan dia, tak nak bagi kejadian yang berlaku dekat dia tu melarat, kami sekelas kena pindah kelas ke bawah. Sebelum tu kami kelas atas, tingkat 3. Memang tak kongsi kelas dengan budak petang. Jadi kami sekelas terpaksa berkorban apabila diminta oleh Puan Hafizah supaya bertukar kelas dengan 3 Dedikasi supaya beliau yang cedera mudah untuk berjalan masuk ke dalam kelas. Setelah sekian lama dia menggunakan kerusi roda dan tongkat untuk kesekolah dan hampir pulih, kami mendapat berita buruk bahawa dia dimasukkan ke dalam hospital sebab besi yang ditanam dalam kaki dia patah kerana dia main badminton dengan adiknya. Kalaulah dia tak main badminton, confirm dia masih belajar seperti biasa. Sekarang ni dia berada di rumah hanya terbaring. Kami semua tertanya tanya apakah beliau mampu sembuh dalam masa lebih kurang 28 hari je lagi ni. Kami semua doakan yang terbaik untuk beliau.
Jadi, moral of the story, jagalah kesihatan anda sebaik mungkin. Hindarkanlah daripada buat perkara yang bukan-bukan. Apa kata baca buku dekat rumah je. Lagi bagus. Lagipun PMR tak lama lagi je sayang. Seriously tak lama dah. Seperti yang saya katakan dalam post saya yang sebelum ni, tolak masa kita makan, tidur, online, buang masa, bersin, tengok tv dan sebagainya, kita mungkin tiada masa langsung sebenarnya!
Ok semua. Jangan panik. Saya tahu apa yang anda semua rasakan sebab saya juga calon PMR. Terasa macam nak pergi berperang nak selamatkan negara pula. Tapi senapang semua tak sediakan lagi. Masih dalam kotak, belum dikeluarkan lagi. Jadi macam mana mahu pergi berperang?
Cikgu Sharijah kata, anak Cikgu Kamal (tak ingat siapa nama dia) hanya dapat 3A berapa B entah tapi ada C masa trial. Tapi masa PMR, dia keluar sekolah dengan keputusan 9A dalam tangan. Apa yang saya mahu katakan disini, semuanya boleh berubah jika ada usaha. Dimana ada kemahuan disitu ada jalannya. Result trial tu bukan penentu segala-galanya. Itu sebenarnya adalah permulaan untuk anda semua. Jangan mudah kecewa, putus asa, rasa down gila nak mati. Perjuangan anda BELUM BERAKHIR DISINI. Dan masih belum terlambat untuk anda mengubahnya dengan tangan anda sendiri. Ya, tangan anda sendiri. Bukannya tangan orang lain. Usaha, doa, dan tawakal lah. Moga-moga semuanya akan membuahkan hasil.
Ayuh lengkapkan senjata anda sementara boleh. Lengkapkan segala ilmu pengetahuan untuk kita hadapi musuh yang nyata. Endahkan apa kata orang sekeliling. Apa yang kita mahu, kita harus capai. Tiada lagi dolak dalih mengatakan "Aku betul-betul tidak mampu". Itu semua kata-kata orang yang sudah hilang semangat untuk berjuang. Bangkitlah rakan-rakanku yang aku kasihi. Bangkitlah demi orang tua mu. Bangkitlah demi guru-guru mu. Bangkitlah demi maruah sekolahmu. Bangkitlah demi maruah keluargamu.
Dan bangkitlah demi dirimu sendiri.
No comments:
Post a Comment