Saturday, July 27, 2013

Trial is coming

Assalammulaikum rakyat jelata semua. Hai hai hai, sihat semua? Alhamdullillah kalau macam tu. Pada bulan puasa ni, jagalah kesihatan anda semua. Jangan nanti dah sakit baru rasa menyesal. Bercakap tentang bulan puasa, saya disini ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslim dan muslimat di dunia, di Malaysia, di Selangor, di Hulu Selangor, di Bandar Baru Batang Kali dan di Taman Semarak, Seksyen 2. Semoga anda semua menjalankan ibadah puasa denga penuh  kesabaran dan istiqamah yang tinggi terhadap Yang Maha Esa. Dan ya hari ni sudah 18 hari kita berpuasa. Insya-Allah kalau tiada aral melintang, lagi 11 hari lagi kita semua akan menyambut Hari Raya. Teruja? Hahaha saya juga. Mungkin.
Kenapa mesti mungkin? Kerana saya adalah mangsa PMR 2013, jadi saya tidak merasa begitu teruja. Baju raya pun saya belum beli lagi. Tak macam kawan-kawan saya yang lain. Semuanya sudah tempah baju raya yang cantik-cantik belaka. Tapi saya........ Ah sudahlah. Dah menjadi kebiasaan 2 hari sebelum raya atau sehari sebelum raya, kami semua sekeluarga baru sibuk membeli belah. Jarang membuat persiapan awal-awal. Lagipun, minggu ni sibuk. Sibuk sangat rasanya. Stress pun ada juga. Yes, kalau tiada aral melintang, trial PMR akan berlangsung pada hari lusa, isnin 29/7/2013. Dan saya harap akan ada aral melintang yang terjadi pada hari tersebut.
Kami semua dikejutkan daripada mimpi yang indah apabila cikgu kami memaklumkan trial akan berlangsung pada 29/7/2013. Cikgu memaklumkan kepada kami pada 2 minggu yang lepas. Dan lihatlah, masa berjalan dengan begitu pantas sehingga trial PMR tersebut akan berlangsung dalam dua hari sahaja lagi. Tapi alhamdullillah kami bersyukur kerana sekolah kami paling lambat mula. Sekolah lain 22 haribulan mereka dah start exam. Yang membezakannya juga, mereka bebas awal dari kami sedangkan kami masih terseksa kerana masih belum exam seperti mereka. Lihatlah, apa yang berlaku mesti sentiasa ada baik dan buruknya.
Tentang persediaan.... Entah... Saya sendiri tidak pasti persediaan apa yang saya lakukan. Saya masih berada depan laptop, update account twitter saya, update blog usang saya dan lain-lain. Mana kesedaran saya ni? Ya Allah.. saya benci sikap malas yang ada dalam diri saya ni Saya benci sangat. Macam mana nak jadi rajin macam pelajar cina? Saya patutnya berhenti merungut, berhenti berangan dan mula study sekarang. Tapi saya masih........ ya berada depan laptop sekarang.
Bagi rakan-rakan dan sahabat sekalian, saya nasihatkan janganlah jadi macam saya. Demi kebaikan anda sendiri, janganlah jadi macam saya. Anda semua rajin bukan? Saya pun mahu jadi rajin. Dan saya akan shut down laptop saya dan mula study sebentar sahaja lagi insya-Allah. Doakan yang terbaik untuk saya wahai teman-teman sekalian. Justeru itu, sudah tiba masa untuk saya akhiri penulisan kali ini.
Akhir kata, bagi sesiapa yang mengenali diri saya, Nurul Izzati Bt Zaini, saya ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa, terjeling mana-mana, tercari gaduh mana-mana, terperli mana-mana, terkutuk mana-mana, terbuat anda rasa hati ke apa, tolonglah maafkan kesilapan saya dari hujung rambut hingga hujung kaki. Saya tak nak hadapi peperiksaan dengan dosa yang masih belum dimaafkan oleh orang yang pernah terasa hati dengan saya atau erti kata lain orang yang saya pernah membuat dosa terhadapnya. Sesungguhnya saya adalah manusia biasa yang sering melakukan kesilapan dan sentiasa alpa ketika melakukan kesilapan. Doakan saya berjaya dalam trial PMR kali ini. Bukan trial PMR sahaja, exam PMR yang sebenar pun sama. Doakan yang terbaik untuk saya, teman-teman saya di Selayang, teman-teman saya di sekolah rendah dahulu, teman-teman SUTAS saya, teman-teman Batang Kali saya, teman-teman SMKSM saya dan juga semua calon-calon PMR 2013. Doakan kejayaan kami. Amin ya rabbal al-amin. Insya-Allah dengan doa yang anda pohonkan untuk saya dan teman-teman saya itu, akan Allah balas pada kemudian hari pula. Amin.
Ikhlas, pelajar cemerlang PMR 2013.


No comments:

Post a Comment

Dangling Pink HeartsShugo Chara - Ran's Eggsites.googlegroups.com/site/widgetindex9/love3.swf' Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon