"Eleh dia tu main main je"
"Tengok muka aku dah tahu dia hangat hangat tahi ayam"
"Nak bet ngan aku berapa lama dia berhijrah?"
Entah... Mulut orang kan..... Aku bercakap ttg orang. Orang itu adalah aku. Orang itu adalah manusia. Manusia itu adalah kita semua. Sekarang baru aku sedar betapa peritnya hati orang orang yang aku kutuk di belakang mereka. Baru aku sedar betapa terhinanya mereka apabila dikutuk sebegitu. Aku menyesal aku buat perkara macam tu. Aku jahat. Jahat sangat.
Bagus. Sekarang masa sedang berputar. Berbalik pada aku semula. Menagih hutang yang lama. Sekarang ini aku yang berada di tempat orang yang aku umpati dulu. Betapa sakitnya hati ini. Betapa peritnya jiwa ini buat hati ini sentiasa rasa seperti diracik racik sentiasa.
Mulut orang. Memang semua orang ada mulut. Tapi tak semua mulut bersifat positif. Yang bersifat negatif paling bahaya. Paling buat jiwa terseksa. Seringkali menjadi duri apabila kita melangkah. Setiap kali kita memijak duri itu, kita semakin sakit. Kaki semakin luka. Namun yang peliknya, kali ini duri itu tembus sehingga ke hati. Lalu duri itu terlekat dihati dan membuat hati semakim sakit. Ya Allah sakitnya!
Salahkah apa yang aku buat? Salahkah apa yang aku lakukan? Adakah aku sahaja manusia yang lakukan perkara sebegini? Aku tidak mengerti. Dan aku tidak menemui apa apa jawapan bagi kekusutan aku. Mengapa?
Kerana aku tidak mahu ambil tahu. Jika aku ambil tahu, duri yang tadinya hanya terlekat dihati, akan menusuk ke jantung dan kemudian membunuh aku.
Buat tak tahu. Buat hal sendiri. Nak tutup telinga tak boleh. Nak tutup mata sentiasa tak boleh. Diam jelah. Buat tak tahu jelah. Tak payah ambil peduli.
Semoga istiqamah ku berkekalan sampai bila bila.
Assalammualaikum.
Tuesday, January 14, 2014
Saat ini mulut orang.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment