Assalammulaikum para pembaca sekalian. Terima kasih kerana datang bertamu di blog usang ku ini.
Harapan. Harapan adalah satu perasaan yang boleh menggembirakan dan boleh menghancurkan. Mana boleh buat main-main dengan perkataan 'harapan' ni.
Susah kalau orang dah berharap dengan kita. Rasa macam nak tunaikan harapan mereka tu, macam benda yang mustahil sangat. Dah lumrah manusia memang suka berharap dengan orang lain kan? Bukan manusia kalau tak pernah berharap. Mungkin anda satu spesies manusia baru mungkin.
Jangan bagi harapan palsu, harapan yang boleh mendatangkan kehancuran. Kalau rasa anda tak boleh tunaikan harapan yang anda berikan, maka jangan beri harapan. Anda mungkin akan dipandang negatif oleh sesetengah pihak yang fikir "Dia ni manis pada mulut je. Hakikatnya, semuanya palsu" Anda pasti anda tak mahu diumpat sebegini bukan?
Ahh dunia yang penuh dengan harapan cuma akan menyesakkan otak para manusia. Tapi hidup tanpa harapan juga, sangat membosankan. Bayangkan anda berada disatu pulau dimana tiada siapa yang dapat membantu anda ketika itu, takkan anda mahu berputus asa dan berhenti berharap untuk hidup kan? Disini, harapan boleh terbahagi kepada beberapa perkara. Harapan ni subjektif sebenarnya.
Susah untuk saya rungkaikan. Bagi saya, harapan ini terbahagi kepada dua. Pertama, harapan yang tidak ditunaikan. Kedua, harapan yang ditunaikan.
Harapan yang tidak ditunaikan rasanya sakit sangat. Sangat sangat sakit. Kalau boleh nak menangis 7 hari 7 malam tanpa henti kerana harapan kita dihancurkan begitu sahaja. Salah kita juga kerana kita berharap pada orang yang salah. Tapi takdir Allah, siapa yang boleh halang. Kita hanya mampu merancang, Dia yang menentukan. Tapi orang yang beri harapan palsu tu lagi bersalah. Kalaulah pada mula lagi dia tak bagi harapan setinggi gunung, sedalam lautan, segala benda yang pahit mungkin tidak akan berlaku. Janji tidak boleh dibuat main. Kalau dibuat main, maka Karma bagi dia akan datang suatu hari nanti. What goes around comes around.
Kedua, harapan yang ditunaikan pula. Hm yes, pokok pangkal jenis harapan ini adalah amanah dan kebahagiaan akhirnya. Maka orang yang diberi harapan itu pun berbahagia kerana harapan dia selama ini menjadi satu realiti. Dan orang yang memberi harapan itu pula Insya-Allah mendapat kebahagiaan kerana menunaikan harapan yang diberi. Ahh semuanya tentang amanah. Amanah pada diri sendiri dan amanah pada orang lain. Apa-apa pun sebelum buat sesuatu perkara atau erti kata lain, sebelum beri harapan pada orang lain, pergi depan cermin dan tanya "Apa aku mampu tunaikan harapan dia? Apa aku mampu pegang amanah ini?" Dan anda akan dapat jawapannya dalam beberapa minit sahaja lagi.
Tetapi jangan takut dengan benda yang bernama 'harapan'. Seperti yang saya katakan tadi, jika benar anda manusia, jadi anda akan berharap. Cuma ia terpulang kepada anda sebanyak mana anda berharap dan sebanyak mana orang yang anda harapkan tu tunaikan harapan anda.
And of course saya pernah alami semua ini. Pernah dihancurkan harapan yang telah diberikan dan menghancurkan harapan yang orang berikan. Saya pun manusia. Jangan jadi seperti saya.
Fikir menggunakan mata hati untuk memulakan segala-galanya dan lihatlah hasilnya nanti.
Truly,
Si pemberi dan penghancur harapan.
No comments:
Post a Comment