Bismillahhirrahmannirrahim..
Bermulanya satu kisah yang baru sekaligus meninggalkan kisah yang lama.
Assalammulaikum. Hai everybody. Sihat? Alhamdullillah kalau sihat. Harap kesihatan saudara dan saudari berkekalan hendaknya.
Hidup sememangnya sukar. Bukan hidup namanya jika tak sukar. Aku sebagai manusia, dah lali dengan pelbagai kesusahan. Sudah biasa diumpat, sudah biasa diadili dan... sudah biasa disakiti. Ya, sangat sangat sudah biasa.
Takdir Allah, tak siapa yang tahu. Kita hanya mampu merancang, tetapi Dia yang menentukan segala-galanya. Setelah penat diri ini merancang segala-galanya, setelah penat hati ini melara untuk kesekian kalinya, akhirnya aku mengalah. Aku pasrah. Aku tahu Allah sediakan sesuatu yang lebih baik daripada dirinya. Harap Dia juga sediakan seseorang yang jauh lebih baik daripada diri aku buat dirinya.
Sungguh aku dah penat. Aku mengalah kerana bersebab. Semua yang terjadi didunia ni ada sebabnya yang tersendiri bukan? Begitu juga dengan aku. Jangan tanya kepada aku, tanya diri sendiri. Pergi depan cermin, tanya balik pada diri sendiri, "Kenapa?" "Mengapa?" Insya-Allah anda akan temui jawapannya.
Hati aku bukan seperti hati robot. Hati aku, hati manusia. Aku dilahirkan sebagai wanita dan perasaan wanita memang sukar untuk dijangka bila pasang surutnya. Malah aku sebagai wanita sendiri tidak memahami isi kandungan hati aku. Namun hati wanita itulah yang mampu menundukkan semua lelaki didunia ini. Tidak dinafikan lagi kesahihannya.
Positif. Perkataan itu yang aku selalu sematkan didalam minda walaupun berbillion serangan daripada 'Negatif'datang menyerang. Aku cuba positif daripada semua aspek ketika bersamanya. Dan positif itulah yang menyebabkan hubungan ini mampu bertahan selama 2 bulan 22 hari.
Tidak ku sangkal juga, bahawa lelaki itu juga turut melahirkan 1001 perasaan didalam hati aku. Dia pernah memberikan kebahagiaan kepada aku. Ya, kepada aku. Aku bersyukur kerana aku dan dia pernah ditakdirkan bersama mencoretkan kenangan yang tidak mudah aku lupakan. Walaupun begitu, takdir tidak menyebelahi kami. Mungkin pada hayat akan datang, mungkin..
Tidak mudah pada awalnya saat peristiwa itu berlaku. Sakitnya hati aku seperti dihiris oleh sebilah pedang.
Aku sedang belajar untuk menerima hakikat ini. Mungkin aku juga patut belajar apa makna cinta itu sebenarnya. Ahh cinta! Cinta itu rumit. Lebih rumit daripada segala-galanya. Jika dicoretkan dalam buku pun , belum tentu satu buku itu mencukupi untuk diterangkan apa maksud cinta itu sebenarnya.
Belajarlah terima hakikat izzati. Sentiasa anggap semua ini ada hikmahnya. Mungkin berkawan sahaja sudah mencukupi. Mungkin. Terlajak perahu boleh diundur, terlajar kata hancur binasa.
Teruskan tersenyum kerana itu kunci kepada setiap kebahagiaan. Assalammulaikum
No comments:
Post a Comment