Wednesday, May 29, 2013

Butakan mata, pekakkan telinga, bisukan mulut

Kerana aku manusia, aku perlu berkata tentang perkara ni. Kerana aku mempunyai hati dan perasaan, maka aku perlu ketengahkan perkara ini. Kerana aku tidak mahu ramai lagi manusia seperti aku yang terluka perasaannya.
Butakan mata, pekakkan telinga, bisukan mulut apabila orang berkata tentang diri anda. Buat perkara sebegini tidak menunjukkan anda lemah. Malah anda kuat kerana anda berjaya kawal diri anda agar tidak bergaduh dengan orang yang tidak matang sebegini atau erti kata lain cetek pemikiran otaknya. Mungkin mereka perlukan perhatian. Siapa sangka bukan?
Butakan mata apabila ada orang mengata tentang diri anda, menuding jari terhadap diri anda, menuduh anda perkara bukan-bukan, membaca perkara yang menghina diri anda atau menjatuhkan diri anda. Apa yang anda perlu buat, hanya butakan mata anda dan anda sudah terbukti kuat. Maksud saya disini, 'butakan mata' bukanlah anda mengambil garfu kemudian anda mencucuk kedalam bji mata anda ke apa. Tetapi maksud saya disini ialah, berlagaklah seperti anda tidak perasan perkara remeh-temeh sebegini yang boleh buat diri anda rasa down. Apabila anda nampak, anda buat-buat tak nampak. Jangan fikir tentangnya. Jangan bercerita tentangnya kepada orang lain. Anda simpan didalam hati anda, dan mula melakukan perkara yang boleh menggembirakan anda. Insya-Allah dengan izin-Nya anda boleh melupakan apa yang anda lihat sebentar tadi.
Kedua, pekakkan telinga apabila terdengar umpatan tentang diri anda, cacian, hinaan, perkara-perkara yang boleh buat anda rasa tertekan dan sebagainya. Kerana setiap umpatan mereka memberi pahala kepada diri anda. Maka beratlah timbangan anda di akhirat kelak. Mereka mengumpat mungkin kerana mereka ingin berkongsi cerita dengan kawan mereka tapi malangnya kita terdengar pula. Jangan rasa itu adalah satu benda yang malang. Tapi ambillah dari segi positif kerana pahala mereka secara automatiknya akan menjadi milik kita. Yes, milik kita. Maksud saya disini juga bukanlah anda harus mendengar lagu menggunakan earphone dengan sekuat mungkin ke apa untuk pekakkan telinga anda. Manusia boleh berkata apa sahaja yang mereka suka. Siapalah kita untuk mengawalnya. Kerana kita pun manusia juga. Malah saya pun manusia juga. Tipu kalau saya kata saya tak pernah mengumpat tentang orang lain.
Dan akhir sekali, bisukan mulut anda ketika orang mencari gaduh/masalah dengan diri anda. Disini saya tekankan, berdiam diri itu tidak beerti anda lemah. Kadang-kadang berdiam diri ini lagi bagus daripada segala-galanya. Berdiam diri juga boleh menjadi satu 'penawar' bagi sebuah pergaduhan yang tercetus. Jika mereka yang cari gaduh dengan anda mengejek atau merendahkan diri anda atau mereka menyangka diri anda itu lemah, mereka amat silap. Mungkin mereka tidak sekolah tadika dahulu. Dan itu bukan masalah saya. Ternyata mereka tidak faham konsep 'matang' walaupun mereka memang matang. Manusia sebegini patut dihiraukan agar mereka sedar dimana silap mereka sebenarnya. Bisukan mulut dan semuanya akan okay dengan izin-Nya juga.
Maka perlu kita ingat disini, manusia terdiri daripada pelbagai jenis. Dan pelbagai jenis inilah kadang-kadang buat kita keliru dengan dunia yang sebenar. Kadang-kadang kita salahkan dunia, kita salahkan takdir, malah lebih teruk lagi kita kadang-kadang salahkan Allah. Itu bukan caranya. Setiap dugaan yang datang kepada kita, kita patut bersyukur kerana kita adalah salah satu hamba Allah yang sedang diuji atau erti kata lain Allah sedang melihat kita. Jadi jangan nak salahkan perkara-perkara yang tidak ada kena mengena kita. Tetapi renungkan diri sendiri, rujuk dimana kelemahan diri yang perlu dibaiki.
Hidup ini tak semuanya indah wahai rakan-rakan sekalian. Manusia pendengki ada dimana-mana. Dan saya berdoa agar mereka ini dibukakan hati dan dilimpahkan kurnia Yang Maha Esa untuk lebih bersikap positif pada hayat/ masa akan datang.
Semoga coretan saya kali ini berbaloi. Perbaiki diri sendiri dan terus butakan mata, pekakkan telinga, bisukan mulu. Assalammulaikum

2 comments:

Dangling Pink HeartsShugo Chara - Ran's Eggsites.googlegroups.com/site/widgetindex9/love3.swf' Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon