Thursday, June 27, 2013

Kesedaran

Hai blog usang. Hai penulisan yang usang. Hai orang-orang usang. Assalammualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan.
Sihat sejahtera semuanya? Alhamdullillah, Allah masih beri peluang kepada kita untuk bernafas, untuk saling berbakti antara satu sama lain, untuk saling menghargai antara satu sama lain, serta untuk sentiasa tunduk kepada-Nya.
PMR dan SPM tak lama dah. Bahkan pejam celik pejam celik semuanya pasti akan terasa sekejap sahaja. Bak kata cikgu, bulan 10 tu tak lama dah kerana tolak masa kita makan, masa kita tidur, masa kita berjalan, masa kita memasak, masa kita buang masa, masa kita buat homework,masa kita menguap,  masa kita disekolah, pasti bulan 10 itu akan datang dengan sekejapnya.
Dimana perginya nilai kesedaran didalam diri pelajar sekarang? Dimana? Masih lagi membuang masa, masih lagi menganggap perkara ini tidak penting sekaligus bercanggah dengan apa diberitahu oleh ibu bapa dan guru-guru sekeliling. Berpeleseran seperti 8A dan 10A itu sudah tentu menjadi milik kita, masih scroll down TL twitter melihat trending yang terbaru, membaca tweet jiwang, membaca tweet perasan sendiri, mencari populariti yang tiada penghujungnya dan lain-lain.
Jadi dimana terletaknya nilai kesedaran para pelajar sekarang khususnya calon-calon PMR dan SPM? Dan STPM juga tidak lupa? Saya tidak kata takrif ‘para pelajar’ itu saya terkecuali. Saya tekankan disini, saya juga adalah pelajar. Ya, pelajar yang masih berpeleseran dan masih membuang masa tanpa menyedari peperiksaan besar yang bakal dihadapi. Justeru itu, sekali lagi saya tekankan disini, saya bukanlah calon yang baik untuk dicontohi.
Kerana remaja itu sifatnya ingin mencuba sesuatu yang baru. Mereka sukakan keseronokan. Mereka tidak suka sesuatu yang membosankan seperti duduk dimeja belajar dan menelaah pelajaran sampai eyebag mula terbentuk. Kajian saya menunjukkan 70% para remaja masih tidak mengambil peduli tentang peperiksaan besar yang bakal dihadapi. Manakala 30% lagi, terdiri dalam kalangan budak-budak cina, budak-budak SBP, budak-budak yang tekun ataupun budak-budak yang sentiasa dibebel oleh ibu bapa mereka untuk mengulangkaji pelajaran.
Saya? Sudah semestinya saya bukannya tergolong daripada 30% itu. Jika suatu hari nanti ia berlaku, maka syukur saya ucapkan. Namun saya juga tahu 70% pelajar yang masih belum tersedar daripada mimpi yang indah ini, berniat untuk bangun dan mula berubah kearah sesuatu yang lebih baik bukan? Kerana saya juga begitu. Berharap setinggi gunung, sedalam lautan namun gunung berapi dan lautan pasifik yang saya harus lalui terlebih dahulu untuk sampai ke puncak dan permukaan bawah lautan. Dan ternyata itu bukanlah seuatu perkara yang mudah seperti yang semua orang tahu. Ya, anda semua tahu akan itu.
Bangkitlah wahai anak-anak muda. Saya ingin berjaya. Anda juga ingin berjaya bukan? Marilah berjaya dengan saya. Mari kita bersama-sama mencipta lembaran baru. Mari kita bersama-sama membalas segala penat jerih ibu bapa kita membesarkan kita dengan sesuatu yang bermakna. Mari kita sedarkan masyarakat diluar sana bahawa tak semua remaja itu tidak berguna. Mari kita membentuk satu empayar dan pengaruh  diatas kejayaan kita. Mari kita menjadi model dan contoh kepada orang lain yang juga mahukan kejayaan seperti kita. Bangkitlah wahai rakan seperjuangan sekalian. Sesungguhnya kita yang menentukan jalan mana yang kita mahu pilih. Sama ada lurus mahupun bengkok. Dan seterusnya, doa dan tawakkal lah. Insya-Allah segala penat jerih ini akan dibalas dengan sesuatu yang mungkin kita sendiri tidak jangka.
“Mengapa berjogging setiap hari, kalau selepas jogging pun awak minum teh tarik 2 cawan?”
Ikhlas,
Pelajar cemerlang PMR 2013.
Amin ya rabbal al-amin

No comments:

Post a Comment

Dangling Pink HeartsShugo Chara - Ran's Eggsites.googlegroups.com/site/widgetindex9/love3.swf' Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon