Hai hai. Apa khabar semua? Alhamdullillah, kalau sihat. Moga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan hendaknya.
Jadi .... Hm hari ni i nak bercakap tentang gurauan. Ok, gurauan ni dah lama menjadi masalah kepada sesetengah orang yang kadang-kadang tak dapat terima sesuatu lawak jenaka tersebut. Kadang-kadang gurauan ni boleh mendatangkan kebaikan dan juga keburukan.
Gurauan ini subjektif. Kita tak boleh cakap, " Ok, kita boleh buat gurauan, benda ni je" atau "Ok, semua benda kita boleh bawa gurau. Takpa, orang tak kisah" Mungkin pada sesetengah orang, gurauan ni boleh mengembirakan orang disekelilingnya. Tapi harus diingat juga. Silap kata, habis binasa.
Jangan sesekali bergurau sesama kawan, tentang maruah dia, keluarga dia, mahupun bentuk fizikal dia. Jika kawan kita dapat menerima gurauan kita dengan hati yang terbuka, itu tidak menjadi masalah kepada kita. Tapi, katakanlah dia tak dapat terima? Dan dia hanya memendam rasa? Mungkin hubungan silaturrahim akan terputus dek kerana gurauan yang tiada batasan ini.
Semua perkara yang hendak dilakukan, harus lah fikir dulu baik, buruk sesuatu perkara. Jangan main cakap ikut sedap mulut je. Zaman sekarang, makin maju. Ramai manusia yang menggunakan internet sebagai tempat bergurau kononnya. Dan tanpa disedari gurauan tersebut sudah menyentuh sensitiviti sesetengah pihak. Kita tak akan tahu apa yang orang rasa jika kita bergurau dengannya. Sama ada dia positif atau negatif, kita tak tahu. Memanglah semua hati manusia, kita tak boleh nak jaga. Tapi cukuplah kalau kita mencuba untuk menjaga hati orang tersebut.
Dan jangan juga bergurau seperti satu penghinaan kepada orang tersebut. Dahlah kita gurau macam satu penghinaan, lepas tu kita gurau macam tu, dengan dia, depan semua orang pula tu. Contohnya,
"Eh, seluar kau koyaklah. Hahahahahahahaha. Weh korang, tengok seluar dia koyak!"
Subhanaallah, akan berkecil hati orang tersebut apabila diperlakukan begitu. Jadi, berfikirlah sebaik mungkin apabila hendak memulakan sesuatu gurauan.
Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W bergurau dengan orang sekelilingnya pun, baginda bergurau dengan cara baik. Apatah lagi kita ini, hamba Allah yang tidak sempurna bukan?
Jadi sebelum bergurau dengan seseorang, apa kata kita bayangkan dulu kalau kita ditujukan gurauan seperti itu. Kita bayangkan apa perasaan kita, apa reaksi kita, kita suka ke tidak, kita gelak atau pun berkecil hati, dengan gurauan yang bakal ditujukan itu.
Yes, manusia tak sempurna. Bukan kuasa kita nak menjamin segala-galanya. Semua orang juga pernah buat silap. Jika tidak pernah buat kesilapan, bukan manusia namanya. Kesimpulannya, nak bergurau boleh. Tapi ingatlah. Setiap gurauan, ada hadnya.
No comments:
Post a Comment