Tuesday, February 5, 2013

Perasaan berharap

Hai guys. Hm, entah. I takda mood sekarang. Terlalu banyak benda yang jadi hari ni. I nak luahkan dekat kawan-kawan i, takut menjadi satu beban pula bagi dorang. Jadi, i guna blog ni untuk i luahkan segala perasaan i.
Hm, let start with this question. Apa yang korang rasa bila korang suka seseorang itu, dan orang itu layan korang baik sangat. Terlalu baik. Tapi malangnya, bukan dengan korang sorang je dia layan baik macam tu, tapi DENGAN SEMUA ORANG dia layan macam tu. Maksudnya disini, dia terlalu peramah dengan semua orang.
Sakit hati bukan? Perasaan berharap selalu ada dalam hati. Takut sangat terperasan sorang-sorang macam orang bodoh. Macam tulah yang i rasa terhadap seseorang ni. Mungkin perkenalan ini agak baru. Dan i juga perempuan. Bukan cara i nak menjadi orang terkejar-kejar akan lelaki. Bagai menaiki tangga. Yang pastinya kita akan memulakan sesuatu perkara dari bawah. Bukannya terus melompat ke tangga seterusnya.
Yes, i hate this weird feeling. I hate it so much. Berharap dengan someone, berharap agar dia juga membalas cinta kita, dan akhirnya bersama. Semua itu mimpi bagi i. Jika dia tegur i pun, i dah excited sangat, apatah lagi kalau dia buat semua itu untuk i. Semua tu mimpi izzati.
Ahhh terlalu sukar nak rungkaikan semua ni. He's a good looking man. Yang pastinya berpuluh wanita menyukai dia dalam diam. Sama seperti diri ini. Bagai berada dimedan perang dan berebutkan satu harta karun yang menjadi idaman setiap orang.
Tapi ................ dia dah ada teman wanita. Like seriously i tak nak hancurkan hubungan orang. I tak nak dicop sebagai perempuan yang meretakkan hubungan orang lain or something. Cukuplah sekadar i tengok dia bahagia, itupun dah cukup bagi i.
Kadang-kadang menipu diri sendiri itu sakit sangat rasanya. Lebih sakit daripada menipu orang lain. Sebab kita je yang cukup kenal diri kita macam mana. Kita tahu perasaaan kita macam mana. Kita tahu apa yang terjadi pada diri kita.
Orang kata, kalau hati berdebar-debar apabila berjumpa dengan orang yang kita suka, itu namanya CINTA bukan? Ya, i fikir benda yang sama juga. Tapi i cuba sedaya upaya menipu diri i. Cuba untuk menjauhkan diri i daripada dia. Cuba untuk membuang perasaan ini.
Tapi tetap tak boleh. I hanya manusia biasa yang hanya dikurniakan hati dan perasaan. Siapa yang tak ingin menyayangi dan disayangi? Semua orang nak. Termasuk insan yang lemah ini. Tapi apa kan daya. I tak nak dapatkan dia dengan cara kotor. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan i ketika ini.
Kalau ada jodoh, adalah. Kalau takda, mungkin ada yang lebih baik daripada dia untuk i suatu hari nanti. Amin.
 Akhir sekali, dear awak. Harap awak bahagia dengan teman wanita awak. Awak kena sentiasa bahagiakan dia. Jangan selalu gaduh dengan dia. Sayangi dia macam mana awak sayangi diri awak. Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk awak kelak. Insya-Alllah.

No comments:

Post a Comment

Dangling Pink HeartsShugo Chara - Ran's Eggsites.googlegroups.com/site/widgetindex9/love3.swf' Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon