Saturday, March 23, 2013

Terima kasih Ya Allah

Assalammulaikum. 
Akhirnya, perasaan berharap ku bukanlah satu perkara yang sia-sia. Jika dahulu aku menyuarakan masalah ku tentang lelaki itu yang juga milik orang lain, Alhamdullillah kini dia milik aku. 
Tidak ku sangka perasaan yang aku simpan terhadap dia dahulu kini dibalas oleh kasih sayang dia. Ketika itu aku seperti merasakan bahawa akulah wanita paling bertuah dan gembira diatas muka bumi ini. Ya Allah, rasa bersyukur aku terhadap Mu, terlalu besar untuk diungkapkan.
Kalau dulu aku tiada keberanian mahu menyuarakan cinta ini, namun kini aku mampu berkata kepada dia bahawa cintanya aku pada dia. Pada mulanya aku hanya mengganggap semua ini satu gurauan kawan kepada kawannya. Ya, aku dan dia hanya kawan pada mulanya. Tetapi pada masa yang sama dia juga tahu akan perasaan yang aku pendam sejak pertama kali aku lihat wajahnya.
Tetapi aku percaya keikhlasan dia. Aku percaya dia mampu membuat aku jadi wanita yang paling bahagia. Aku fikir perkenalan yang tidak singkat, namun tidak lama ini juga, mampu membuat kami kasih antara satu sama lain. Dan hubungan ini bermula apabila dia text aku begini :
"Ok, Bismillahhirrahmannirrahhim. Jumaat, 1/3/2013, 3.37 p.m. Izzati, will you be mine? I'll promise to myself, i'll take a good care of you, insya Allah. Dan afiq berharap sangat agar hubungan kita ni akan kekal buat selama-lamanya! Amin ;)"
Rasa gembira dihati tak mampu ku gambarkan ketika itu. Hati aku menangis kegembiraan. Bibir ku mengucapkan syukur kepada Allah. Betapa indahnya ketika itu. Ibarat mimpi jadi kenyataan apabila seseorang yang aku dah lama minat dalam diam, kini menjadi milik aku. 
Susah nak gambarkan perasaan apabila senyumannya kini menjadi tatapan aku. Bibirnya menyebut sayangnya dia terhadap aku. Matanya menatap mata aku. Kawan-kawan aku mula memanggil aku dengan namanya. Hati perempuan apabila diperlakukan sebegitu, gembiranya tak terkata. Hanya Allah yang tahu perasaan ku ketika itu. 
Terlalu banyak dugaan yang mendatang. Namun kami tahu dugaan ini adalah cabaran buat kami. Insya-Allah kami ada untuk satu sama lain apabila susah ataupun senang. Kami berharap, dugaan-dugaan ini mampu membuat kami lebih matang dalam mengharungi hari-hari seterusnya. Amin Ya Allah.
Ya Allah, tabahkanlah hati kami berdua untuk berdepan dengan apa jua cabaran. Semoga hubungan ini diredhai oleh Mu. Semoga hubungan ini kekal untuk selama-lamanya. Semoga hubungan ini dijauhkan segala perbuatan maksiat dan zina. Semoga kasih sayang kami saling tidak berbelah bahagi antara satu sama lain. Amin ya rabbal-al amin.
Afiq Amsyar, i love you :)

No comments:

Post a Comment

Dangling Pink HeartsShugo Chara - Ran's Eggsites.googlegroups.com/site/widgetindex9/love3.swf' Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon