Tuesday, May 16, 2017

Lelahnya memikirkan masa depan... Apa yg akan aku jadi? Apa yg akan aku hadapi? Dalam kelompok bagaimanakah aku akan berada? Menyesakkan dada apabila semua persoalan itu datang menyerbu jiwa. Aku tahu takdir Allah itu telah tetap buat aku. Namun mengapa hati ini sentiasa resah dengan apa yang bakal ditentukan buat aku kelak? Wahai hati, wahai diri... Usahlah kau gusar lagi kerana ketentuan Allah itu pasti. Apa yang perlu kau lakukan, ialah usaha. Kerana doa tanpa usaha dan usaha tanpa doa adalah sesuatu yg sia-sia. Mereka berdua saling berkait mencorakkan hala tuju hidup seseorang menjadi lebih baik. Apa sahaja yang kau usahakan sekarang, ada hasilnya kelak. Kau hanya perlu tunggu dengan sabar kerana penghujungnya kau akan temui pelangi yg mewarnai setiap jalan ceritamu. Kita merancang, Allah yang tentukan kerana Dia takkan mengubah sesuatu benda jika kita tidak mengubahya. Wahai Tuhan, permudahkanlah jalan kami. Permudahkanlah masa depan kami. Apa yg bakal kami jadi, apakah pekerjaan yang akan kami kerjakan, siapakah yang bakal kami kahwini, siapakah anak-anak kami, Kau permudahkan lah Ya Tuhan. Kerana itu semua berada dalam rahsia Mu, pengetahuan Mu yang tiada siapa pun tahu melain engkau. Diri, cukuplah kau termenung pagi dan malam memikirkan masa depan. Ketahuilah bahawa renungan itu tidak akan membuahkan apa-apa hasil kecuali kau bangun dan bekerja menggunakan setiap daripada anggota mu. Jika mahu berbicara tentang renungan, jika seribu manusia yang termenung sahaja kerjanya setiap masa, apa yang akan jadi pada negara? Maju atau binasa?

No comments:

Post a Comment

Dangling Pink HeartsShugo Chara - Ran's Eggsites.googlegroups.com/site/widgetindex9/love3.swf' Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon