Saya tertarik dengan cerita Di Bawah Lindungan Kaabah yang saya tonton tadi. Cerita itu menarik, bahkan sesiapa yang melihatnya pasti akan merasakan sesuatu yang pelik didalam hatinya. Teringat satu dialog antara ibu dan anaknya, "Hamid, tak usah risau jika kamu berseorangan. Ingat bahawa Allah sentiasa bersama kita" Ya, betul tu. Allah sentiasa bersama kita serta bersama hamba-hambaNya. Allah Maha Melihat. Semua benda Dia mengetahui. Tiada satu pun yang tersembunyi daripadaNya. Betapa berkuasanya Allah ini.
Lewat zaman ini, banyak anasir-anasir jahat yang ingin menimbulkan kecelaruan di minda umat-umat Islam. Terlalu banyak benda yang ingin mempengaruhi kita. Selagi iman kita teguh dan kuat, Insyaallah segala-galanya akan ditempuhi dengan baik. Ya, semuanya akan ditempuhi dengan baik kelak.
Saya tahu tajuk yang saya coretkan hari ni, terlalu berat untuk dicoretkan. Tapi entah kenapa, ada sesuatu yang mendorong saya untuk mencoretkan tajuk hari ini. Entah kenapa, saya sendiri tidak tahu. Saya hanya manusia biasa. Melakukan setiapa perkara mengikut akal yang meyusun jari-jari untuk menaip setiap butir perkataan ini.
Saya terbaca tweet Naufal tadi, dan tweet nya itu menyedarkan saya bahawa orang kafir sedaya upaya ingin menghancurkan Islam. Subhanallah. Berdoa lah kepada Allah, agar kita semua dilindungi olehNya kelak. Amin.
Sungguh. Mereka memang diluar batasan. Sifat mereka yang zalim itu, membuatkan sesetengah orang tertanya-tanya, "mereka tiada perasaan kah? atau mereka dilahirkan tanpa hati perut?" Mungkin juga mereka berasa terancam dengan kekuatan umat Islam. Mungkin mereka berasa tercabar dengan kita. Hanya Allah yang mengetahui setiap isi hati hamba-hambaNya.
Ya, saya hanya manusia lemah. Saya tidak mampu melakukan perkara yang dahsyat yang boleh melumpuhkan seluruh orang kafir. Justeru itu, melalui cara ini lah saya cuba untuk membantu selain berdoa kepadaNya. Semoga kita semua di berkati oleh Allah kelak. Amin Ya Rabbal Al-Amin.
No comments:
Post a Comment