Ramai orang cakap, 'saya sayang dia, saya cinta dia dengan sepenuh jiwa saya' dan sebagainya. Tapi hakikatnya, dia tak faham erti cinta tu yang sebenar. Mungkin mereka hanya tahu pada zahirnya sahaja. Tapi, batinnya tak siapa yang tahu.
Cinta perlukan pergorbanan. Tanpa pengorbanan, seseorang itu tidak mampu merasa erti cinta yang sebenar. Mereka hanya tahu berkata pada bibir sahaja, tapi hati mungkin berdolak-dalih pada pasangannya. Kehendak dalam diri kita, kita yang tentukan. Sebelum kita menerima seseorang, kita harus menilainya terlebih dahulu. Dan bertanya pada diri kita sendiri 'adakah dia mampu menyayangi aku? adakah dia mampu menjaga aku? adakah dia mampu memimpin aku ke jalan yang diredhai Allah? dan adakah dia mampu berkorban untuk aku?' Kita ambil dari segi positif. Bukan dari segi negatif seperti berkorban melakukan perkara-perkara yang tidak masuk akal. Hidup ni penuh dengan dugaan. Dan itulah yang kita panggil sebagai pengorbanan. Pengorbanan untuk melawan arus dunia yang makin menyesakkan. Manusia, tak terlepas daripada sifat dengki. Mungkin ada orang yang dengki dengan hubugan kita, tapi kita tak tahu. Mungkin, ada orang yang berniat nak menghancurkan hubungan kita, tapi kita tak tahu. Justeru itu, masing-masing perlu berkorban, mempercayai antara satu sama lain, jujur dan bekerjasama dalam membentuk hubungan yang harmoni.
Sabar. Yes, sabar. Manusia ni bukan malaikat. Sabar mereka ada hadnya. Namun, had itu lah yang kita harus kawal. Kawal agar sentiasa tenang dan tidak meletus segala kemarahan ini. Kita mesti sabar jika bergaduh dengan pasangan kita. Mungkin salah faham yang membuatkan kemarahan itu terjadi. Jika marah itu tak dapat dibendung lagi, pergilah ambik wuduk. Insyaallah, kemarahan itu akan reda. Bergaduh tu takkan lari dalam diri setiap pasangan. Syaitan akan mengambil setiap peluang yang dimiliki untuk membuatkan kita bergaduh sesama sendiri. Saranan saya, bincang dengan baik, jangan melarikan diri daripada masalah. Dan jika diri sendri yang bersalah, mintalah maaf kepada pasangan kita sendiri demi menamatkan salah faham yang terjadi.
Ya, percaya itu sangat penting, Saya tegaskan disini, SANGAT PENTING. Jika kita tak percaya pada pasangan kita, mungkin salah faham akan berlaku dan akhirnya pergaduhan akan tercetus. Tapi kita juga janganlah terlalu yakin 100%. Ada perkara yang kita boleh percaya, ada yang tidak. Ikut pemikiran rasional kita sendiri. Kita ada minda. Insyaallah, kita mampu berfikir dengan baik. Semuanya terletak pada hati kita. Yalah, orang kata, kalau dah sayang sanggup buat apa je. Apa yang pasangan sendiri cakap, semuanya kita percaya tanpa ada usul periksa. Tanpa ada tanda tanya. Percaya je seolah-seolah dia tidak pernah menipu. Kelak diri anda sendiri akan terseksa nanti.
Hargai orang yang dicintai dan mencintai kita. Hargai mereka sebaik-baiknya. Jauhi pepatah 'habis madu, sepah dibuang' Jangan sesuka hati menyakiti hatinya. Jangan sesuka hati berlaku curang kepadanya, dan jangan sesuka hati meminta putus daripadanya tanpa ada sebarang alasan. Akan hancur hati pasangan kita jika berlaku sedemikian. Malah, sikap kita yang macam ni lah, membuatkan kita hilang kepercayaan dari sesiapa pun yang mula mendekati kita. Hargai pasangan itu penting. Hargai ketika dia bersusah payah demi kita, hargai bila dia berkorban untuk kita, hargai bila dia SAYANG KITA. Dan Insyaallah, hubungan korang akan bahagia tanpa ada sebarang masalah. Tapi tipulah kalau kata, langsung tiada sebarag masalah. Kita ni manusia biasa. Banyak kesilapan yang kita buat. Yang kita sedari, ataupun tidak.
Moga berguna apa yang saya coretkan hari ni. Jujur saya katakan, apa yang saya coret ini juga untuk diri saya. Kerana, saya ni bukanlah sempurna. Cukuplah hanya disayangi dengan ikhlas oleh bakal imam dan bakal bapa kepada anak-anak saya nanti. Insyaallah. Assalammulaikum
No comments:
Post a Comment