Friday, December 23, 2011

you

Saya buntu lately. saya taktahu apa yang saya patut buat? kenapa awak nak saya, sedangkan perjalanan kita sebagai manusia jauh lagi. saya taktahu nak kata apa dekat awak. sebab saya memang buntu. 
saya takboleh berfikir. sebagai seorang manusia, saya pun ada kekurangan. jadi, saya takboleh nak buat keputusan secara mendadak. dan, awak takboleh paksa saya untuk buat keputusan gila macam ni.
semuanya terlalu rumit. saya pernah tengok dalam cermin, apa yang ada dalam diri saya sampai awak buat saya buntu untuk memilih? apa yang saya ada sampai awak errrr. jika dicerita pun, benda takkan menjadi lebih baik, awk. saya tiada kelebihan. hanya manusia biasa. hanya budak yang masih jauh lagi perjalanan. jikalau saya terpaksa memilih antara dua, saya memilih untuk tidak berkenalan dengan awak. kerana, itu lebih mudah. hati awak tak sakit, hati saya pun tak sakit, begitu juga orang disekeliling kita. 
saya tidak pernah minta semua ni berlaku. jika semua silapnya datang dari saya, saya minta maaf. 
sesungguhnya, yang baik itu datangnya daripada ALLAH, dan yang buruk datangnya dari diri saya sendiri.
siang malam saya fikir macam mana nak leraikan salah faham ni. macam mana nak putarkan balik masa yang berlalu. andai Doraemon itu kawan saya, tentu dia boleh tolong saya saat ini.
tapi, Doraemon cuma patung. cuma kartun. tapi, kita manusia. realiti. saya tak sanggup nak gaduh dengan awak siang malam. pergaduhan buat saya jadi kekok. walaupun, kita tak pandang muka antara satu sama lain, but saya dapat rasa kekekokkan tu. sekali lagi, saya tidak tahu apa jalan yang patut saya pilih.
im sorry because im not myself today. maaf atas segala-galanya yang buat awak tersinggung. saya yakin semua ni ada hikmahnya. saya yakin, nasihat dan teguran yang saya bagitahu awak, akan membuatkan awak lebih matang dalam mengharungi hari-hari yang kita lalui. akan membuatkan awak menghargai cinta yang awak miliki. mungkin ayat saya agak kasar. tapi, yang kasar tulah, ikhlas dari hati saya. 
lovely, from your bestfriend

No comments:

Post a Comment

Dangling Pink HeartsShugo Chara - Ran's Eggsites.googlegroups.com/site/widgetindex9/love3.swf' Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon