Sunday, December 25, 2011

sometimes

Assalammualaikum. Hai there? how are you? Fine? alright then. terlalu banyak 'sometimes' dalam hidup kita. ada 'sometimes' yang baik, dan ada juga yang kita tak berapa berkenan.
kadang-kadang, kita hanya mampu menjerit dalam hati walaupun pada dasarnya, kita nak menjerit depan orang ramai. biar orang tahu perasaan kita macam mana waktu tu. biar orang tahu, kita wujud dekat situ. dan, biar orang tahu, kita nak orang menghargai kita.
kadang-kadang, kita nak dapat banyak kerja. bila takdapat kerja kita rasa kita tak diperlukan masa tu. kita hanya tunggul yang hanya menunggu untuk diberi kerja. perasaan macam tu, rasanya sangat janggal. duduk dan hanya pandang orang yang tengah bersuka ria tengah buat kerja. bunyinya memang pelik. tapi, saya sendiri pernah rasa perasaan macam tu.
dan, kadang-kadang juga, kita hanya tersenyum depan orang ramai menandakan kita gembira waktu itu. tapi, 'rahsia hati tak siapa yag tahu'. kalau, berat sangat perasaan sedih, marah, kecewa yang kita tanggung disebalik  senyuman palsu tu, tak semena-mena senyuman tu nampak 'fake'.
kadang-kadang, kita beritahu kita faham perasaan dia, faham perasaan sedih dia, tapi pada dasarnya tak siapa yang tahu. hanya ALLAH YANG MAHA-MENGETAHUI. mungkin, berat lagi bebanan kita masa tu. lebih berat daripada orang yang menceritakannya.
sometimes juga, kita mengharapkan layanan yang setimpal daripada orang sebagaimana dia melayan orang lain. kita nampak pada mata kita yang dia layan orang lain bersungguh-sungguh, penuh keceriaan, penuh dengan gelak ketawa, tapi pada kita hanya dingin dan membisu. tak ke kita rasa terlalu janggal? ohh. saya benci perkataan JANGGAL. kerana, ia akan buat saya jadi lebih janggal.
kadang-kadang, kita dah tahu, benda akan jadi lebih buruk, tapi takdir ALLAH tak siapa yang tahu. hari kita jadi lebih baik daripada hari2 yag sebelum ni. korang pernah alami tak, bila korang kata, 'hari ni hujan' tapi, hari ni panas. bila korang kata, 'hari ni mesti tak hujan', then, petang tu hujan. pernah tak, pernah tak? saya pernah. haha. lawak bila difikirkan.
kadang-kadang, kita mengharapkan orang menyayangi kita lebih daripada orang lain. kita mengharapkan, lelaki  yang dapat melindungi kita lebih daripada sesiapa pun. kita mengharapkan, lelaki yang dapat memimpin kita kejalan yang diredhai ALLAH, tapi, lain yang kita cari, lain pulak yang kita jumpa. jangan risau. mesti ada punyalah. tak pupus lagi lelaki macam tu. INSYAALLAH.
perkataan 'kadang-kadang' tak asing dah di telinga kita. dah biasa dahh. jadi, tak mustahil, kadang-kadang akan jadi perkara yang menarik ataupun perkara yang buruk. 

No comments:

Post a Comment

Dangling Pink HeartsShugo Chara - Ran's Eggsites.googlegroups.com/site/widgetindex9/love3.swf' Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon