Wednesday, October 31, 2012

Kawan sampai ke syurga

'Kawan sampai kesyurga'. Mungkin tajuk ini terlalu berat untuk difikirkan. Tapi, itulah hakikatnya. Berkawan dan bersahabat, biarlah sampai kesyurga.
Kawan adalah seseorang yang ada bila kita susah, sakit, berada dalam kebuntuan atau kerunsingan dan sebagainya. Kawan juga sentiasa menasihati kawannya supaya sentiasa berbuat perkara baik. Tiada kawan yang mahu kawannya menjadi jahat, terpesong dan melakukan benda-benda yang tidak baik. Hakikatnya, mereka yang bernama 'kawan', semuanya mahu aura yang postif didalam diri masing-masing.
Kawan ini penting. Merekalah tempat kita meluahkan perasaan selepas keluarga kita. Bayangkan betapa kosongnya hidup tanpa kawan dan hanya senyap dibelakang kelas sedangkan kawan yang lainnya sibuk bergurau senda dan bertepuk tampar bersama kawan-kawan mereka? Seronok bukan? Jadi, carilah kawan jika anda tiada kawan untuk bergurau senda dan tiada tempat untuk meluahkan perasaan.
Menasihati kawan kearah yang lebih baik, amat penting untuk mengekalkan sesuatu hubungan. Tak salah kalau nak tegur kawan korang. Tapi mestilah berniat menegur untuk sesuatu yang lebih baik untuk diri dia. Jangan tegur dengan cara yang akan memalukan diri dia. Kelak, kawan korang mungkin akan berkecil hati dengan korang.
Sebenarnya, tak susah kalau nak kekalkan persahabatan tu dari sekolah rendah sampai ke besar. No no, even dari tadika sekali pun, tak susah sebenarnya nak kekalkan persahabatan tu. Tapi kena ada usaha kalau nak kekalkan semua tu. Bertegur sapa itu sangat penting. Jangan terlalu ego kalau nak tegur. Anggap je, dia masih kawan yang rapat dengan korang dulu.
Actually, title 'kawan' tu takkan hilang sampai bila-bila. Bayangkan one day nanti, bila korang dah besar, dah kerja dan dah ada anak sekalipun, korang terserempak dengan kawan lama, perkataan pertama yang korang kata mesti, 'Ehh, macam kawan lama aku dulu'. See? Title kawan tu takkan hilang sampai bila-bila. Ingat tu.
Jangan sesekali lupa kawan yang banyak tolong kita, yang banyak bagi nasihat dekat kita, yang banyak beri semangat dekat kita. Tak kira kita ni siapa, even perdana menteri sekalipun suatu hari nanti, ingatlah kawan yang pernah tolong kita tak kira kita susah dan senang. Jangan sesekali riak dan hanya membangga diri dan terus lupa dengan orang yang pernah membantu kita dulu.
I try untuk jadi kawan yang tak lupa diri. Alhamdullillah, i masih ingat dan sayang kawan-kawan i. Dari sekolah tadika, ke sekolah rendah dan kemudian ke sekolah menengah. Semua i sayang. I cuba positif kan diri i balik bila ada sesetengah kawan-kawan i kata i lupa kawanlah apalah. Insyaallah, i ingat kawan-kawan yang dah banyak berjasa dengan i.
I sayang mereka, Nurdiana, Mayang Zahirah, Alissa Zulkifli, Nur Ayuni Salim, Harith Naufal, Amira Husna, Amira Afiqah, Nuraini Hatip, Rohaida Ismail, Nurul Alissa, Noniey Mysara, Alya Deraman, Ezrin Athirah, Pina Azmi, Shafikah Roslan, Nurul Najlaa, Shayanie Rahman, Ardini Ahmad, Fatin Najwa, Ain Maisarah dan semua kawan-kawan, yang i pernah kenal seumur hidup i.
So, try jadikan maksud 'kawan' tu sesuatu yang bermakna dalam hidup kita. Mungkin kenangan kita bersama mereka, sekali seumur hidup. Tapi, kenangan yang berada dalam hati dan jiwa kita akan berkekalan sampai bila-bila. Insyaallah

No comments:

Post a Comment

Dangling Pink HeartsShugo Chara - Ran's Eggsites.googlegroups.com/site/widgetindex9/love3.swf' Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon