Kadang kala, hati lelaki sukar kita nak jangka.
Sesetengah mereka, terlalu suka menyimpan rahsia, sampai kadang kala daripada
muka mereka pun susah kita nak jangka
apa rahsia itu. Mereka tidak suka bercerita. Tidak kiralah, orang yang
disayangi atau kawan baiknya sendiri. Mungkin mereka ada bercerita tetapi bukan
secara keseluruhan. Jika cerita itu bermula dari A sampai Z, mereka akan
bercerita sampai T sahaja. Ya, saya pernah mengalami perkara yang sama.
Sesetengah mereka juga, tidak menyedari apa yang mereka
lakukan itu akan membuat orang yang berada disekelilingnya termasuk orang yang
disayangi akan berasa tersinggung, kecil hati dan perkara-perkara yang boleh
menimbulkan pergaduhan sesama sendiri. Mereka tidak menyedari, setiap perlakuan
dan tindak-tanduk mereka menjadi perhatian si gadis, dan sekaligus salah faham
mungkin akan berlaku. Ya, lelaki susah nak faham. Mungkin bagi mereka, merapati
perempuan lain dihadapan kekasih sendiri adalah perkara biasa. Hanya sebagai
kawan tanggapan mereka. Namun, bagi si gadis yang hanya memerhati tidak jauh
dari situ, hatinya cukup pedih, bagai disiat-siat dan dihancurkan begitu sahaja
walaupun, si jejaka merapati kawannya sendiri.
Sesetengah lelaki, mereka menyayangi seseorang itu dengan
sepenuh jiwa dan raga. Biarlah apa sahaja yang diminta oleh sang kekasih, pasti
akan diturutinya. Bila hati dah sayang, meredah lautan api pun sanggup. Cinta
oh cinta. Begitulah lumrahya. Namun, biar beribu kali lelaki mengatakan
perkataan cinta kepada si Hawa, dia tetap tidak mengetahui bila kekasih hatinya
itu terasa hati dengannya. Itu juga salah satu kelemahan lelaki. Sedikit lemah
dalam memujuk perempuan. Tapi, sesetengah lelaki pula amat manis dalam
berbicara sampai hati perempuan yang keras macam batu, turut cair dengan
panahan kata si jejaka.
Sesetengah lelaki, apabila marah, mereka akan menggunakan
kekerasan secara berlebihan ke atas orang lain. Tidak kisahlah, kekasihnya
dikacau orang atau ditinggalkan kekasihnya sendiri. Namun, itulah hakikatnya.
Jujur saya kata disini, lelaki yang panas baran, amat menakutkan perempuan. Tak
salah untuk lelaki tegas dalam membuat sesuatu keputusan. Tetapi mestilah
menggunakan alternatif lain untuk melepaskan kemarahan. Bukan dengan cara
memukul, menampar dan segala bentuk kekerasan dari segi fizikal mahupun mental.
Marah itu semua, hanyalah mainan syaitan
semata-mata.
Sesetengah mereka juga, amat ego dalam sesuatu hubungan.
Mereka terlalu ego, sampai si gadis sudah penat melayan karenah kekasih
hatinya. Apabila berjumpa, si gadis yang menegur dulu, apabila mesej setiap
malam kadang-kala si gadis yang memulakan dulu, apabila bergaduh, si gadis juga
yang memujuk si jejaka. Tetapi tidak semuanya begitu. Sesetengah lelaki, mereka
dulu yang memulakan langkah. Tidak mungkin perempuan mahu jadi perigi cari
timba. Namun, perempuan juga tidak boleh terlalu ego. Jika semua perkara lelaki
yang memulakan segala-galanya, lelaki juga akan berasa bosan dengan insan yang
bernama ‘perempuan’. Kesimpulannya, lelaki dan perempuan harus bekerjasama
untuk membina hubungan yang aman dan damai serta sentiasa saling memahami
antara satu sama lain.
Begitulah lelaki bagi tanggapan saya. Tidak semuanya saya
cop begitu. Saya hanya kata SESETENGAH. Sesetengah itu mungkin sedikit, mungkin
banyak. Terlalu banyak ‘mungkin’ didalam hidup ini. Apa-apa pun, ini hanyalah
pandangan saya semata-mata. Pandangan setiap orang berbeza-beza. Maafkan saya
jika entry kali ni, ada terperli mana-mana, tersinggung mana-mana.
Assalammualaikum.
-Lelaki dan perempuan saling melengkapi antara satu sama
lain. Tiada lelaki, tiadalah perempuan. Tiada perempuan, tiadalah lelaki.
No comments:
Post a Comment