Saturday, April 7, 2012

sweet couple?

Hei, how are you doing? fine? Alhamdullillah, good.
yaya, sweet couple? mungkin ramai yang meluat dgn entry i kali ni. but, bukan pasal i. tapi, tentang couple2 diluar sana. tak terkira ramainya kan?
okay, mesti yang ramai nak jadi sehebat lisa dan yusry, se-cool scha dan awal, dan seromantik yuna dan qi. tapi, tak semua boleh dapat kan apa yang kita mahu. even, orang paling kaya dekat dunia ni pun, takkan mampu dapat tanpa kesungguhan.
semua benda mesti ada kesungguhan. kesungguhan untuk berjaya, kesungguhan untuk memiliki dan dimiliki, dan lain2.
tapi, kebahagiaan tak semua orang dapat. ada yang dapat, tapi hati sendiri tak mengiakan kebahagiaan tu. contohnya, kita kena sayang orang tu, disebabkan banyak tuntutan fizikal yang menuntut kita untuk berlaku macam tu. contohnya jugak, kita kena sayang orang tu sebab kesian, sebab nak mengejar harta dunia yang tak berkekalan, sebab nak orang sangjung kita dan lain2. ramai yang macam tu. tipu lah kalau kata tak. tapi, ada jugak yang jujur dan ikhlas untuk sayang seseorang. baguslah macam tu :)
tapi, sweet couple ni... hm. entahlah. taktahu nak comment apa. nak kata, i ni sweet couple, takdalah pulak. biasa je. terlalu biasa untuk dicerita. apa entah lagi, untuk dibangga. tak setanding pun dengan romeo dan juliet, dan terlalu jauh untuk kejar shah jahan dan mumtaz. ahh, bila fikirkan balik terlalu banyak pengorbanan yang harus dibuat dalam percintaan yang halal lagi suci ni. i mean, bila dah kahwin nanti. hahah,


Insyaallah :)
okay, yang penting, tak kiralah se-sweet mana pun anda. se-penyayang mana pun anda. jika anda ikhlas mencintai seseorang, insyaallah ia akan bertahan sampai bila2. perpisahan mesti akan berlaku. tak kira seberapa lama pun kita dengan seseorang, atau sekejap mana pun kita dgn seseorang. tak perlu kita terlalu risau untuk mneghadapi perpisahan. ajal, maut, jodoh di tangan Allah. kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukan :)

No comments:

Post a Comment

Dangling Pink HeartsShugo Chara - Ran's Eggsites.googlegroups.com/site/widgetindex9/love3.swf' Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon