Sunday, January 15, 2012

new school

Assalammualaikum. hai, lama gilaa tak update blog. dah sekolah lah katakan. dan, sekolah yang baru okayy. memang susah nak terima kenyataan yang i dah jauh dari kawan2 i diselayang. but, nak buat macam mana kan? mak dan ayah lebih tahu apa yang terbaik untuk anak2 nya.
okay, lets talk about my new school. mula2 masuk sekolah, memang rasa berdebar gilaa. cuak lah apalah. semua ada. masuk ja kelas, semua orang pandang. aduhhh, tu yang takboleh tahan tu. i pun duduk belakang sekali. i ulang, i duduk belakang sekali. tiba-tiba ada sorang perempuan ni, panggil i duduk depan dia. i pun ikut jalah. takkan nak menyombong pulakk kan?
dari situ lah i dapat beberapa kawan baru. sekolah baru memang lain gilaa dengan sekolah lama. sekolah lama, nama kelas 2Akmal, 2Bestari, dan lain2. but, sekolah baru 2Teknik 1, 2Teknik 2 dan lain2. ada teknik dan pertanian. kalau pertanian, 2Pertanian 1, etc.
jadi, i dapat dua kawan yang i rapat sekarang. Shafikah Roslan dan Li Hwa. ya, Li Hwa adalah chinese. sekolah lama dulu tak banyak cina. tapi, sekolah baru tak terkira. i pergi sekolah jalan kaki. dekat ja sekolah dengan rumah. tapi, yang takboleh tahan tu, bila lalu dekat tempat budak lelaki lepak habis dikacaunya. takdalah kacau mana. kacau guna mulut ja.


hari demi hari, i makin biasa. yalah, sampai bila nak bermurung kan? tapi, first day hari tu mata i sembam. menagislah katakan. hahaha
i ada bawak novel yang i taip pi sekolah. Alhamdullillah. ada jugak reaksi positif. ini yang buat i lagi nak menaip. kalau tak dulu, ikut mood ja. nak taip, taip. taknak sudah.
i kelas pertama bagi sesi petang. actually, ada lagi dua kelas atas kami. kelas KRK dan, KAA. i mana lah tahu sangat arab2 ni. tu yang tak pilih KAA tu. cikgu i banyak jugaklah garang. cikgu math i, punyalah laju dia bercakap. macam mesin. laju gilaaa. sebaiklah bila whole class tak dengar, dia repeat balik.
dan hari khamis lepas, i merentas desa. habis, muka pun macam apa dah. duduk dekat tengah padanglah katakan. i rumah hijau. dapat naib johan. haha, tak salah i pilih. memang balik tu, muka macam arang dahh. haha, biasalah kan? merentas desa. tapi, tak juga menang. heeee
kerja sekolah memang banyak. terlalu banyak. tak siap, kena duduk luar lah, berdirilah. memang itu punishment yang lazim kan?
jadi, kenalah jugakk siapkan. karang, kalau buat hal karang, orang kata budak baru tak sedar dirilah apalah. baik buat perangai baik2.
kalau bab, rempit tak rempit ni malas lah nak cakap. karang, kalau salah cakap, i jugakk yang kena. gaduhlah, apalah. taknak lah macam tu.
so, i harap azam i tercapai lah tahun ni. hope so. okayy, nak buat kerja sekolah. dah bertimbun dah.
toodles

No comments:

Post a Comment

Dangling Pink HeartsShugo Chara - Ran's Eggsites.googlegroups.com/site/widgetindex9/love3.swf' Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon